CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45420|Reply: 0

[Johor] Akibat 'scam', eksekutif Singapura rugi lebih RM250,000

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:34 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Eksekutif syarikat swasta yang juga warganegara Singapura kerugian RM250,042 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham dalam talian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 35 tahun itu terpedaya dengan tawaran pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan berganda menerusi media sosial.

Katanya, mangsa mendakwa kejadian bermula pada 13 Ogos lalu, apabila mangsa menerima mesej daripada seorang lelaki di aplikasi perbualan.

"Suspek mengaku sebagai perunding pelaburan saham dan mengajak mangsa untuk melabur dalam pasaran saham, dengan menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam waktu singkat.

"Mangsa mempercayai pelaburan saham itu dan memindahkan sejumlah RM250,042 ke enam akaun tempatan berbeza, secara berperingkat.

"Mangsa melakukan 13 transaksi pemindahan wang antara 21 Oktober hingga 27 November," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Raub, selepas membuat pindahan wang, mangsa mendapati masih tidak mendapat keuntungan daripada pelaburan berkenaan.

Katanya, mangsa juga diminta membuat bayaran tambahan bagi membolehkan keuntungan pelaburan dikeluarkan menerusi aplikasi yang diberikan.

"Mangsa menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan wang itu dan membuat laporan polis semalam," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Disember 12, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.040170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list