CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49322|Reply: 0

[Pulau Pinang] SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 15-12-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-12-2024 03:43 PM

SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid

MOHD ISKANDAR OTHMAN
15 Disember 2024 03:07pm




Ahmad Zahid ketika ditemubual pemberita selepas Majlis Apresiasi Setahun Pelaksanaan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) dan Penubuhan Pasukan Bantuan Pertahanan Awam Tindak Balas Kecemasan (CDA-ERT) Pulau Pinang di PICCA Convention Centre@Butterworth Arena pada Ahad. Foto Bernama




BUTTERWORTH - Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, sesebuah parti yang menjadi gabungan adalah bebas untuk membuat keputusan parti masing-masing.


Bagaimanapun, katanya semua pihak perlu tahu bahawa pembentukan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat adalah dua perkara yang berbeza.

"Sesebuah parti yang menjadi gabungan adalah bebas untuk membuat keputusan parti masing-masing.


"Bagaimanapun kita perlu tahu bahawa pembentukan kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah dua perkara yang berbeza, dalam hal sedemikian saya fikir elok lah mana-mana parti didalam kerajaan perpaduan tidak menangguk di air yang keruh," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvesyen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di Pusat Konvesyen PICCA, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keputusan SAPP yang bertindak keluar daripada menyertai gabungan PN.


Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan SAPP mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan PN.

Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lalu dan ibu pejabat PN telahpun dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu.


"Jelas dilihat bahawa PN ingin bertanding dalam pilihan raya Sabah yang akan datang, satu pendirian yang bertentangan dengan pendirian dan dasar SAPP.


"Selama ini SAPP menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya ditandingi oleh parti-parti tempatan Sabah," katanya.


Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengucapkan selamat maju jaya kepada SAPP selepas parti itu mengumumkan keluar daripada gabungan PN.


Bagaimanapun, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran itu berkata, SAPP tidak seharusnya menghalang PN untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pada PRN Sabah 2018, Ronald berkata, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.


Bagaimanapun, pada 2022, Ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN, bertindak keluar parti dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.


https://www.sinarharian.com.my/article/702343/berita/politik/sapp-bebas-buat-keputusan-keluar-pn---ahmad-zahid


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.076161 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list