CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24492|Reply: 0

[Sabah] Amalan berkongsi, hormat perayaan semua kaum perlu dikekalkan

[Copy link]
Post time 16-12-2024 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-12-2024 02:05 AM



RASMI: Nizam bersama tetamu kehormat lain ketika merasmikan majlis berkenaan.

TAWAU: Amalan berkongsi dan menghormati perayaan kaum lain di negeri ini perlu diteruskan supaya kekal menjadi identiti masyarakat Malaysia yang unik lagi harmoni.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata kepelbagaian budaya dan perbezaan agama di Malaysia tidak banyak ditemui di negara lain.

Katanya, tradisi rumah terbuka perlu terus diadakan dengan budaya saling berkunjung antara satu sama lain dalam suasana yang penuh meriah.

“Inilah budaya kita yang penuh dengan kesepakatan dan semangat muhibah sentiasa bersedia menerima serta menghargai antara satu sama lain.

“Menghormati adat dan budaya menjadi satu keunikan di negara ini sehingga menjadikan perayaan yang diraikan lebih bermakna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Krismas Tawau 2024, pada Sabtu. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurutnya, kerajaan negeri komited dan sentiasa mengamalkan dasar keadilan serta kesaksamaan dalam semua aspek tanpa mengira kaum dan agama demi mengekalkan keharmonian rakyat di negeri ini.

“Saya menggesa rakyat untuk bersama-sama sebagai satu masyarakat yang bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan, tanpa mengira pegangan agama dan latar belakang mereka.

“Ini sejajar dengan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan perpaduan, keharmonian kaum dan toleransi beragama terus kukuh,” katanya.


HARMONI: Nizam bersama tetamu kehormat dan ketua-ketua rumah ibadat Kristian bergambar bersama.

Hajiji berkata, isu yang memainkan sentimen agama dan perkauman hanya menggugat keharmonian dan toleransi yang kita nikmati.

“Justeru, dalam semangat Krismas, marilah kita meluangkan sedikit masa merenung persamaan yang selama ini menyatukan rakyat dan kekal fokus untuk mengukuhkan nilai-nilai ini.

“Kita perlu sentiasa bersedia menerima dan menghargai antara satu sama lain, menghormati adat serta budaya yang pelbagai sehingga menjadikan perayaan ini lebih bermakna,” katanya.

Sementara itu, Hajiji meminta semua rakyat di negeri ini bersama kerajaan untuk menjayakan apa yang dirancang dalam Belanjawan 2025.

“Ia seterusnya merealisasikan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, bagi membawa Sabah terus maju jaya,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui; Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang dan Ketua Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau, Aris Heru Utomo.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.058123 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list