CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22019|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tiada rancangan anjur sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 - MB N9

[Copy link]
Post time 17-12-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN (kanan) beramah mesra bersama guru pada majlis penyerahan Projek Siap Kerja-Kerja Menaik Taraf Kemudahan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol, hari ini. FOTO Bernama.

Kuala Pilah: Kerajaan Negeri Sembilan tiada perancangan untuk menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2025, kata, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata ia bagi menghormati mangsa banjir di negara ini termasuk di Negeri Sembilan selain mengelakkan pembaziran serta sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang berterusan ditindas Israel.

"Bagaimanapun, terpulang kepada badan bukan kerajaan atau pihak swasta kerana kadang-kadang mereka adakan untuk menarik kehadiran pelancong atau tetamu mereka dengan ada sedikit bunga api, sambutan secara sederhana.

"Insya-Allah seperti biasa masing-masing di masjid dan surau boleh melakukan solat hajat dan bacaan Yasin," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir daerah Kuala Pilah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan berkata, pemilihan parti itu ;dijangka diadakan sebelum Jun tahun depan iaitu mengikut peraturan yang ditetapkan Majlis Pimpinan Tertinggi.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menggesa proses pemilihan parti itu dilaksanakan segera bagi membolehkan peralihan kepimpinan selaras dengan prinsip demokrasi yang dijunjung tinggi dengan barisan kepimpinan harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.243577 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list