FOTO HIASAN.
Johor Bahru: Situasi banjir di negeri ini kekal tidak berubah dengan jumlah mangsa seramai 36 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa masih ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
"Selain itu, hanya stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, dilaporkan berada pada paras amaran dengan bacaan 8.53 meter," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor diramalkan cerah kecuali Mersing yang dijangka hujan, pagi ini.
Disiarkan pada: Disember 17, 2024
|