CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25095|Reply: 0

[Johor] Restoran didakwa hidang sayuran dikutip dari tong sampah disiasat - Exco Johor

[Copy link]
Post time 17-12-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular di media sosial. FOTO tular

Johor Bahru: Sebuah restoran di Skudai di sini berdepan dakwaan serius apabila tular video memaparkan pekerjanya mengutip sayuran dari tong sampah untuk dijadikan bahan masakan kepada pelanggan.

Video berdurasi 31 saat yang dimuat naik di TikTok kelmarin memaparkan beberapa wanita, dipercayai pekerja restoran, mengambil barangan daripada tong sampah di sebuah lorong.

Rakaman itu turut menunjukkan seorang lelaki mendakwa sayuran berkenaan digunakan sebagai bahan masakan restoran terbabit.

Insiden itu mencetuskan reaksi tidak puas hati dalam kalangan wanita yang terbabit dengan salah seorang daripada mereka mendakwa sayuran tersebut hanya diambil untuk kegunaan sendiri.

Susulan kejadian itu, pemilik restoran turut tampil di TikTok menafikan dakwaan itu, menyatakan ia perbuatan sabotaj oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon mengesahkan tindakan susulan akan diambil.

"Restoran berkenaan tutup semalam, hari ini pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Johor akan ke premis berkenaan.

"Menurut pegawai penguat kuasa, lokasi yang dikatakan adalah tempat membuang sayur dan difahamkan ramai akan datang ke situ untuk mengambilnya," katanya ketika dihubungi.


Disiarkan pada: Disember 17, 2024



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.290410 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list