CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38468|Reply: 14

[Tempatan] Nasi ulam bunga telang ‘tawan’ Jepun

[Copy link]
Post time 19-12-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Nasi ulam bunga telang ‘tawan’ Jepun

https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... telang-tawan-jepun/

Oleh NUR HIDAYAH MOHD. BOZID
19 Disember 2024, 4:03 pm


Hidangan tradisional Malaysia, nasi ulam bunga telang berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Sustainability Award di pertandingan berprestij World King of Chefs Summit Japan 2024 baru-baru ini.

PETALING JAYA – Hidangan tradisional Malaysia, nasi ulam bunga telang berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Sustainability Award di pertandingan berprestij World King of Chefs Summit Japan 2024 baru-baru ini.

Chef Safura Mohd, yang mencipta resepi unik ini, mengumumkan berita gembira itu menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah atas kemenangan ini,” tulisnya dengan penuh kesyukuran.

Pertandingan tersebut menampilkan lima kategori iaitu Well-being, Sustainability, Creativity, Healthy Beauty, dan Plant-Based Award, dengan tema Healthy & Plant-Based Food. Panel hakim terdiri daripada lima chef terkenal dari Jepun.

Menurut Chef Safura dalam hantarannya, dia amat berbangga kerana dapat memperkenalkan nasi ulam bunga telang yang merupakan hidangan tradisional masyarakat Malaysia kepada dunia.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia di Tokyo, Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany, serta isteri beliau, Datin Suriyah Abdullah, atas sokongan tidak berbelah bahagi.

Tidak ketinggalan, pembantu-pembantu beliau dan pelajar kulinari dari Jepun, yang membantu melaksanakan tugasan dengan cemerlang.

“Terima kasih juga kepada keluarga tersayang di Malaysia serta keluarga besar saya di Jepun yang sentiasa mendoakan dan menyokong,” ujar beliau.

Pertandingan ini ditaja oleh Pasona Group dan menjadi platform penting untuk mempromosikan masakan sihat dan mesra alam ke peringkat antarabangsa.
Dengan kemenangan ini, nasi ulam bunga telang bukan sahaja mengangkat martabat masakan tradisional Malaysia, malah menyerlahkan elemen kelestarian dalam seni kulinari global. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
satgi....TERNYATA...............
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap ok nasik ulam ni….
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kecik2 dulu penah merasa nasi ulam sayur keladi ada tok bidan org kampung buatkan, hantar sebagai juadah berbuka posa. Dah arwah pun tok tu. Sampai skrg teringat2 keenakan nasi ulam sayur keladi tu. Mana la nak cari skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Try la jual dulu kalau laku keras nak claim menjajah Jepun pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Allayarhamah nenek aiol wajib buat tiap kali bulan puasa. Aiol yg tak makan sayur waktu tu mmg berat sgt nak jamah letih nak asingkan ulaman yg dirajik halus tu satu2. Tapi lama2 baru tau nikmatnya bila mkn dgn kuah asam rebus & ikan goreng. Kalau takde tak lengkap puasa tahun tu rasanya. Rindunya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan nasi kerabu. Lapar je tiba2
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 07:28 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 19-12-2024 06:13 PM
Allayarhamah nenek aiol wajib buat tiap kali bulan puasa. Aiol yg tak makan sayur waktu tu mmg berat ...

Terliurnya baca description
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 07:28 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 19-12-2024 06:13 PM
Allayarhamah nenek aiol wajib buat tiap kali bulan puasa. Aiol yg tak makan sayur waktu tu mmg berat ...

Terliurnya baca description
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya nasi ulammmm... kl sini susah nak jumpa. Kena mak sedara buatkan baru betul² sedap nasi ulam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok pagi2 nak lahap nasik kerabu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 19-12-2024 07:29 PM
Sedapnya nasi ulammmm... kl sini susah nak jumpa. Kena mak sedara buatkan baru betul² sedap nasi ul ...

Xpernah makan. Nasi ulam ni asal dr utara kan?? Susah x nak buat nya. Kalau senang, SG nak try buat sbb rumah my mom byk ulam2 melayu ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 19-12-2024 07:54 PM
Xpernah makan. Nasi ulam ni asal dr utara kan?? Susah x nak buat nya. Kalau senang, SG nak try bua ...

Kena ulam² daun yg diguna memang sedap. Ikot style mak sedara org perlis yg buat dia ada tambah kerisik dgn ikan masin/kering sama selain ulam ulam tu. Dia buat sedap. Rasanya mmg asal dari utara nasi ulam ni.. sebab 1st time makan pun hosmet org perlis yg bawak mak dia buat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm nasi kerabu jee
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam mix dengan nasi kerabu je, nasi kerabu asli, color dari bunga telang, kuah tu pun macam kuah nasi kerabu, ada solok lada. I pernah makan dua² (nasi kerabu dan nasi ulam)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.430098 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list