CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40074|Reply: 2

[Dunia] Ketua sindiket warga Malaysia, isteri ditahan kes ubah wang haram RM650.5 juta

[Copy link]
Post time 19-12-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Ketua sindiket warga Malaysia, isteri ditahan kes ubah wang haram RM650.5 juta

https://www.freemalaysiatoday.co ... haram-rm650-5-juta/

Bernama
19 Dec 2024, 05:13 PM

Skim itu membabitkan rangkaian transaksi palsu, aplikasi pelaburan palsu, penjualan akaun bank keldai dan mata wang kripto.


Ketua sindiket warga Malaysia berusia 38 tahun dan isterinya warga Thailand ditahan pihak berkuasa negara itu masing-masing pada 16 dan 18 Dis lalu. (Gambar CIB)

BANGKOK: Polis Thailand percaya berjaya membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht (RM650.5 juta) melalui rangkaian transaksi palsu, susulan penahanan ketua kumpulan yang merupakan rakyat Malaysia dan isterinya warga Thailand.

Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Ekonomi (ECD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB), Puttidej Bunkrapue berkata pasangan itu adalah suspek utama yang dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram berskala besar.

Puttidej berkata lelaki Malaysia berusia 38 tahun itu, yang dikehendaki di bawah waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah, ditahan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao di Songkhla ketika memasuki Thailand pada 16 Dis dan isterinya yang terlibat dalam skim itu, ditangkap di lokasi berbeza pada 18 Dis.

“Kedua-dua suspek menghadapi tuduhan bersekongkol dalam pengubahan wang haram,” kata Puttidej dalam satu kenyataan.

Puttidej berkata kedua-dua suspek mengaku semasa disoal siasat merekrut individu untuk menubuhkan entiti sah terutamanya untuk membuka akaun bank dan akaun ini kemudiannya dijual kepada pelanggan di beberapa negara Asean.

Sementara itu, ketua siasatan Theeraphas Yungyuen berkata operasi sindiket itu adalah rangkaian yang sangat terancang melibatkan warga Thailand dan asing.

“Sindiket itu mengubah wang lebih 5 bilion baht melalui lapisan transaksi penipuan yang kompleks,” katanya, sambil menambah lebih 50 waran tangkap dikeluarkan kepada individu yang dikaitkan dengan kes itu sejak beberapa bulan lepas.

“Suspek yang ditangkap adalah dalang dalam skim yang canggih. Mereka didakwa mengatur proses pengubahan wang haram dengan memindahkan dana melalui pelbagai akaun bank sebelum menukar wang itu kepada mata wang kripto USDT. Penggunaan aset digital ini merumitkan usaha untuk mengesan dana,” katanya.

Theeraphas berkata tangkapan itu berikutan aduan daripada ramai mangsa yang diperdaya untuk melabur melalui aplikasi mudah alih palsu, termasuk ‘Nicshare’ dan ‘ComonApps’, yang aplikasi ini secara palsu menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan pasaran saham.

Beliau berkata CIB melancarkan ‘Operation Ghost Company’ dan mendedahkan lebih 200 ‘shell company’ (yang wujud secara sah, namun hanyalah di atas kertas) di seluruh Thailand, dengan kebanyakan entiti ini tidak beroperasi tetapi digunakan untuk membuka akaun bank keldai yang memudahkan pengubahan wang haram.

“CIB bertekad untuk menjejaki baki ahli rangkaian jenayah ini dan memastikan bahawa mereka yang bertanggungjawab menubuhkan ‘shell company’ dan memudahkan pengubahan wang haram didakwa berlandaskan undang-undang,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 05:57 PM | Show all posts
nampak gaya bukan india ataupun benggali
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow bukan kaleng2 ya org mesia sorg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.749556 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list