View: 18960|Reply: 10
|
[Dunia]
18 anggota polis Jakarta peras ugut warga Malaysia ditahan
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 23-12-2024 02:27 PM
Menurut dakwaan, warga Malaysia itu dipaksa menjalani ujian air kencing, diminta menunjukkan pasport dan diminta membayar sejumlah wang, walaupun keputusan ujian dadah mereka negatif
JAKARTA: Polis Indonesia menahan 18 anggota yang disyaki memeras ugut warga Malaysia semasa menghadiri konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) di Kemayoran, Jakarta Utara.
Ketua Biro Penerangan Awam, Brigadier Jeneral Trunoyudo Wisnu Andik, mengesahkan anggota berkenaan terdiri daripada Polis Daerah Metro Jaya, Polis Metro Jakarta Pusat, dan Balai Polis Kemayoran.
"Anggota ini telah ditahan oleh Bahagian Profesional dan Keselamatan (Propam) untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Penahanan dibuat susulan beberapa aduan daripada warga Malaysia yang mendakwa mereka dianiaya dan diperas sepanjang acara itu tular di media sosial.
"Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku anggota kami," tegas Trunoyudo, sambil menambah bahawa perkembangan lanjut akan dimaklumkan tidak lama lagi.
Konsert DWP selama tiga hari di Jakarta International Expo yang dianjurkan oleh Ismaya Live, sebahagian daripada Ismaya Group, tamat pada 15 Dis dan merupakan antara festival muzik elektronik terbesar di Asia.
Dalam satu kenyataan, pihak penganjur DWP menyatakan kekesalan terhadap cabaran yang dihadapi oleh mereka yang terjejas, sambil mengakui bahawa walaupun sesetengah isu berada di luar kawalan mereka, mereka memahami kesannya.
DWP juga memberi jaminan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan badan kerajaan yang berkaitan untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.
Insiden berkenaan turut menarik perhatian Ketua Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Habiburokhman, yang menyuarakan keyakinan bahawa Propam akan menangani dakwaan pemerasan itu secara adil.
"Jika pemerasan berlaku, mereka yang terlibat mesti dihukum," katanya.
Suruhanjaya Polis Nasional (Kompolnas) turut menyeru tindakan tegas terhadap anggota yang terlibat, termasuk perbicaraan etika dan hukuman jenayah jika kesalahan terbukti.
"Jika melibatkan jenayah, mereka mesti diadili. Kami menyokong siasatan Propam," kata Komisioner Muhammad Choirul Anam, seperti yang dilaporkan portal berita Kumparan.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 23-12-2024 08:32 AM
@nusaraya ?? Budaya tak benda?? |
|
|
|
|
|
|
|
@nusaraya ?? Budaya tak benda?? |
|
|
|
|
|
|
|
Punya tamak..400 org sekali balun...org luar pulak tu...teruk2 polis msia..depa pau pati dgn samseng gangster je rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Duit yg diperas tu dapat balik tak..? Ke kena hold utk jadi bahan bukti? Banyak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 24-12-2024 09:27 AM
Itulah bodoh dan penakutnya rakyat malaysia jika menghadapi polisi atau oknum penegak hukum ,... mungkin ini karena pengalaman HORROR mereka dengan PDRM di Malaysia sendiri .. Apakah mungkin majority dari mereka adalah orang malaysia berbangsa cina yang sering mengalami hal seperti pemerasan etc dari polis malaysia ? JIka betul.. Kami dapat memaklumi siikap TRAUMA sebagai orang Cina yang selalu dianggap sebagai musuh atau ancaman ketika mereka menghadapi case yang serupa di Indonesia ..
Ingat jika mereka Bersih atau merasa X salah .. maka sebagai warga negara Malaysia mereka bisa beramai-ramai segera melaporkan langsung hal itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sehingga mereka bisa dibantu dan diselesaikan masalahnya segera ... tetapi sayangnya hal itu X mereka lakukan ... Jadi mereka kurban akibat kebodohan mereka sendiri (mungkin karena IQ level Goriila)..
Menghadapi case ini oknum polisi Indo memanfaatkan case ini dengan meniru perilaku polis PDRM ketika mereka menangkap TKI di Malaysia sebagai referensi .. .Jangan-jangan ... ini juga hanyalah sebagai bentuk tindak balas polis Indonesia terhadap warga malaysia sebagai lampias kemarahan perilaku PDRM kepada saudara-saudara TKI Indonesia selama ini yang diberitakan mereka diperas, dianiaya secara kejam dan diperlakukan X manusiawi etc ... tetapi disayangkan tindak balas polis indo itu salah tempat dan salah prosedur dan caranya...Mereka X sadar dan paham .. hal yang biasa dilakukan oleh PDRM di Malaysia adalah Kriminal atau perbuatan pidana/kejahatan di Indonesia sehingga mereka akhirnya bisa dipecat dan dipenjara dalam jangka waktu cukup lama..Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun goblok sekali polisi r.i.
udah mau masuk 2025 masih lagi seperti hidup di tahun 1970
ini semua salah penjajah belanda, hanya menjajah tidak ajar untuk keluar dari kegoblokan |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa warga dorang cerita polis sini peras warga dorang kan? Ni apa citer ni |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun tak abis lagi terkejut dgn kisah pekerja asing Indon kat Jepun baru2 ni, kena tangkap polis lepas cubaan merompak dan membunuh pasangan warga emas. rata2 komen netizen indon marah la, terkejut la, sedih la... tak pernah lg rasa malu yg teramat, mencemarkan nama baik~ negara indon katanyerrr. adoooii sakit perot ai gelak baca komen dia org
|
|
|
|
|
|
|
| |
|