CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32434|Reply: 0

[Jenayah] Rakaman insiden langgar Zaharif tiada dalam ‘dashcam’ pegawai polis... Saksi dapati kad memori pernah diakses

[Copy link]
Post time 10-1-2025 10:00 PM | Show all posts |Read mode



TIADA rakaman berkaitan kemalangan ditemukan pada kamera papan pemuka dalam kenderaan pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak yang dituduh membunuh seorang pelajar sekolah menengah di Meru Raya, Ipoh, Perak pada 15 Disember 2023.

Pegawai penyiasat kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ipoh, Asisten Superintenden S Dasarathan berkata, kereta tertuduh yang digunakan ketika insiden serta kamera papan pemuka yang mengandungi kad memori sudah diperiksa.

"Pegawai penyiasat trafik Ipoh, Inspektor Jong Pit Chao diarahkan untuk memeriksa kenderaan terbabit dan mengesahkan sebuah kamera papan pemuka bersama aksesori lain termasuk kad memori berjaya ditemukan," katanya.

Dasarathan yang juga saksi pendakwaan ke-33 memberikan keterangan itu secara bertulis di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada Jumaat.

"Saya menerima kamera papan pemuka dan kad memori itu daripada Inspektor Jong. Saya kemudiannya menandakan kad memori tersebut sebagai 'AC5'.

"Bagaimanapun pemeriksaan pada kamera papan pemuka dan kad memori mendedahkan tiada rakaman yang dibuat pada hari kejadian iaitu 15 Disember 2023," katanya.

Selepas analisis forensik dilakukan, polis berjaya memperoleh 130 fail video yang bertarikh dari 4 November 2022 hingga 19 Disember 2022.

"Tiada rakaman yang dibuat antara 20 Disember 2022 hingga 15 Disember 2023 (hari kejadian)," ujarnya.

Selain itu saksi itu memberitahu, berdasarkan laporan forensik makmal, didapati kad memori terbabit pernah diakses pada 19 Disember 2023 iaitu sehari sebelum bahan kes itu ditemui.

Namun siasatan awal masih belum muktamad dan analisis forensik lanjut diperlukan.

Tambah Dasarathan, laporan toksilogi turut mendedahkan tiada kesan alkohol atau dadah pada tubuh mangsa atau suspek.

Untuk rekod, Mohd Nazri didakwa membunuh mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie di Jalan Taman Jati antara pukul 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari pada 15 Disember 2023.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - The Star

Sumber ; Mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.700460 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list