CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33104|Reply: 1

[Tempatan] Mentua kaki pusing, guna suami ambil ‘personal loan’ buat rumah... Lepas siap ipar-duai ‘rasmi’ dulu, pemilik disuruh pindah!

[Copy link]
Post time 10-1-2025 10:08 PM | Show all posts |Read mode



SETIAP pasangan semestinya mempunyai impian untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

Proses untuk memilikinya juga tidak mudah kerana memerlukan peruntukan kewangan yang bukan sedikit jumlahnya.

Bayangkan betapa kecewanya perasaan apabila rumah yang diimpikan akhirnya bertukar tangan selepas segala pengorbanan dicurahkan, sebagaimana kisah yang dialami wanita ini dan suaminya.

"Ceritanya macam ni, suami saya buat personal loan sebab bapanya janji nak buat rumah untuk suami saya. Rumah tu besar.

"Bapanya cakap itu rumah suami saya, dan sebelah lagi katanya rumah abang suami saya.

"Dijadikan cerita, duit tak cukup untuk siapkan rumah tu, jadi bapa mentua minta pertolongan suami saya untuk buat personal loan untuk selesaikan," kongsinya dalam satu laman grup Facebook.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, sebagaimana pasangan lain, dia dan suami turut teruja membuat persiapan dan membeli perabot untuk kediaman baharu mereka.

"Saya dan suami beli cat, kipas, lampu, sofa, almari dan peralatan dalam rumah. Apabila rumah dah siap, kami belum sempat duduk lagi, mak mentua cakap nak tumpang duduk. Adik-beradik suami semua pindah duduk dalam rumah kami tu," luahnya.

Ujarnya, dia dan suami serba salah untuk menolak kemahuan tersebut kerana memikirkan darah daging sendiri.

Biarpun kecewa, dia dan suami akhirnya mengambil keputusan untuk mencari kediaman lain demi keselesaan dan privasi keluarga kecil sendiri.

"Kami pun beli rumah lain... hutang lagi dengan bank. Jadi sekarang dah ada dua loan dengan bank. Bapa mentua janji nak bayar semula hutang personal loan suami tu, tapi sampai hari ni senyap. Apabila kami minta, duit tak ada katanya.

"Setiap kali minta, macam-macam bapa dan mak mentua bagi alasan," kongsinya lagi namun tidak menyatakan jumlah pinjaman yang kini ditanggung mereka.

Apa yang menyedihkan ujar wanita itu, keadaan rumah yang sepatutnya menjadi miliknya dan suami benar-benar kelihatan tidak terurus dan kotor.

"Rumah kami tu mereka tak jaga baik, sofa pun sampai patah, bersepah gila, sampah-sampah tak buang... saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Orang dalam rumah tu semua dah besar dewasa.

"Nak bersuara takut ada yang terasa hati. Kami ada juga bagi idea, suruh minta abang suami bayar sama loan tu memandangkan dia duduk rumah sebelah... dia dapat rumah free je.

"Tapi bapa mentua cakap jangan, sebab loan ni dia dan suami yang bincang bersama tanpa melibatkan abang ipar.

"Rumah dia jauh lebih cantik. Biras siap cakap, rumah dia privacy, tiga beranak je yang boleh duduk. Sedangkan kami yang susah-payah bayar hutang ni, tapi tak dapat apa. Tak adil langsung," luahnya lagi.



Perkongsian wanita berkenaan ternyata mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dialaminya.

Malah, ada antara mereka yang tampil memberi cadangan sebagai solusi kepada situasi yang dialaminya.

"Heret ayah mentua, bawa suami pergi pejabat tanah. Terus tukar nama on the spot tanah tu.

"Minta mana-mana tanah yang nilainya sama dengan nilai personal loan. Tukar terus kepada nama suami.

"Selagi bapa mentua hidup, uruskan cepat-cepat tukar nama tanah tu. Nanti dia dah masuk kubur, lain cerita.

"Kawan-kawan toksik kita boleh buang, tapi famili toksik sampai bila-bila kita kena hadap. Moga Allah bagi jalan," demikian antara komen netizen.

Sumber ; Mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkenang kisah muda i masa baru kerja circa 2009. Betullah toxic friend/partner kita boleh buang. Tapi toxic parents? Apa kita bole buat?

My mom pernah suruh i beli kereta 7-seater so our family can travel in 1 car. Tak perlu 2 cars sebab my dad malas bawak kereta. My mom also pernah suruh i beli rumah besar so our family boleh gathering togeder2 masa raya.

I was 22 years old at that time, baru pegang gaji, kena bayar kereta, loan MARA, sewa bilik, boyfriend AKA encik suami da mula hint2 nak kahwin, gosh memang rasa nak tunaikan hajat my mom tp takkan nak bayar dengan bulu kaki deknon oiii.

So start dari tu, i bolayan je request my mom yang pelik2. Nak makan sedap i boleh belanja. My mom bukan balu, ada je suami lagi tapi suka menceceh dekat anak anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.243489 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list