CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36145|Reply: 5

[Tempatan] Pegawai pengurusan tertinggi syarikat penyiaran ditahan disyaki terlibat peggubahan wang haram

[Copy link]
Post time 10-1-2025 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2381259&fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR3g2gD8eMOZ3WVnIPWGi151UJ27BCmwmqNVmIpc-9AqkbGRMsOz_BeBWZE_aem_k59T_3WlFGD_ewrRxxWWAw

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2025 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Polis menahan lima individu termasuk seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram menerusi Op Ragada hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata mereka yang terdiri empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun itu ditahan di beberapa lokasi termasuk di Pulau Pinang dan Sarawak.

Razarudin berkata tangkapan dIlakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman selepas menerima maklumat risikan kewangan Suspicious Transaction Report (STR) tentang transaksi meragukan melibatkan beberapa akaun bank dalam tempoh 2017 hingga Sept 2024.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas, membekukan dan menyita aset seperti kenderaan, akaun bank dan dokumen-dokumen yang nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.

“Modus operandi dilakukan adalah menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan yang mencurigakan dan kesalahan pecah amanah jenayah, tipu tender dan menganugerahkan tender kepada diri sendiri atau ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sementara itu, di Sarawak hari ini, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menahan seorang eksekutif pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran.

Eksekutif berusia 60-an itu dilihat memakai topi berwarna hitam, pelitup muka serta berjaket kelabu.

Dia diiringi polis masuk ke syarikat penyiaran itu kira-kira 2 petang sebelum dibawa keluar sejam kemudian.

Seorang daripada anggota polis turut dilihat membawa sebuah kotak berwarna biru dipercayai mengandungi dokumen berkaitan kes berkenaan.

Difahamkan eksekutif itu baru pulang daripada menunaikan umrah.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aset rm17juta... Kusssemangat
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa kata melayu tak reti buat duit ????
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 10-1-2025 11:29 PM
Sapa kata melayu tak reti buat duit ????

Mana ko tau melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
CEO TVS SARAWAK. Yg iols heran, tvs ni dah berapa kali tuka ceo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.452229 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list