View: 23933|Reply: 1
|
[Dunia]
Pelajar perubatan gugurkan bayi sendiri, kawan jumpa mayat dalam bilik
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 12-1-2025 10:36 PM
Seorang pelajar jurusan perubatan ditahan polis kerana didakwa menggugurkan kandungannya dengan sengaja.
Memetik laporan Detik, mahasiswi sebuah institusi pengajian di Kota Mataram, Indonesia yang berusia 26 tahun itu ditahan selepas keadaannya stabil setelah dirawat di hospital kerana mengalami pendarahan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mataram, Iptu Eko Ari Prastya berkata, kejadian terbongkar selepas seorang penghuni rumah sewa menemukan mayat seorang bayi pramatang dalam bilik sewa suspek.
Ketika itu, suspek berada dalam keadaan lemah kerana mengalami pendarahan.
Ujarnya, penghuni tersebut kemudian segera membawa suspek ke Rumah Sakit Kota Mataram untuk mendapatkan rawatan.
"Bayi itu meninggal dunia pada usia kandungan enam bulan, dan merupakan seorang bayi perempuan.
"Suspek mengaku melakukan pengguguran bersendirian dengan menelan pil untuk mempercepatkan proses kelahiran," ujarnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
@Raline
Bile pulak Mataram ni jadi TEMPATAN? |
|
|
|
|
|
|
| |
|