CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4399|Reply: 14

FT@Secretaries' Day 11 May, KT

[Copy link]
Post time 20-4-2011 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Secretaries' Day International Buffet Lunch with FT.
Date: 11th May 2011
Venue: Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 03:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 21-4-2011 15:57

Kenapa Faizal Tahir Mahu Jadi Lebih Eksklusif?


Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography




KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2011: Demi memastikan dirinya bernilai lebih eksklusif lagi dalam industri hiburan Malaysia, penyani popular Faizal Tahir berazam mahu mengurangkan pendedahan yang berkaitan dengan dirinya serta persembahan nyanyiannya secara terbuka.

Bukan mahu bertindak sombong atau angkuh selepas memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang lalu, namun Faizal Tahir berkata, ia dilakukan dengan bersebab.

Alasannya hanya satu, Faizal Tahir mahu para peminat merindui dan sekaligus menantikan kemunculannya menerusi sebuah konsert besar yang dijangka akan dilaksana pada penghujung atau awal tahun hadapan.

"Saya kini akan mengurangkan persembahan yang dilakukan secara terbuka. begitu juga dengan acara yang memberi peluang kepada saya untuk bertemu peminat kerana saya mahu jadi lebih eksklusif. Bukan nak bersikap sombong tapi saya lakukan semua ini kerana mahu peminat merindui dan menantikan saya. Saya mahu mereka menanti persembahan saya kerana kini saya dalam perancangan untuk mengadakan konsert besar buat peminat," katanya bersungguh-sungguh membuka bicara mengenai perancangannya itu.

Ditemui pada sidang media Minggu Setiausahanya bersama Ri-Yaz Heritage Marina Resort And Spa petang kelmarin, pelantun lagu Sampai Syurga ini memberitahu, perancangan untuk mengadakan konsert tersebut mula terbut atas desakan serta permintaan daripada peminatnya.

"Dah banyak kali peminat berjumpa saya dan bertanya bila saya nak buat konsert. Tapi dulu mungkin lagu sendiri tak cukup namun kini saya rasa saya dah ada cukup lagu untuk tampil dengan sebuah konsert khas buat mereka," jelasnya lagi kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, kata penyanyi berusia 33 tahun ini, ramai peminat setia yang sudah mula bertanya bila dia akan muncul dengan album studio terbaru.Meskipun, dia tidak terlalu tergesa-gesa untuk mengeluarkannya.

"Saya lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti. Jadi, walaupun dah ramai peminat tanya tapi saya rasa dan lebih selesa kalau saya tidak tergesa-gesa untuk mengeluarkan album yang baru. Biar lambat tapi hasilnya kelak saya puas hati dan mereka juga akan menyukainya," jelasnya.

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9475&c=1&s=1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 03:58 PM | Show all posts
ni aku nak tanya.mcm mane nak post something dkt cari malay ni?puas dah aku travel satu page ni.tak jumpa2.ish
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 04:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 21-4-2011 16:05

30 Minit Bersama Faizal Tahir, Janji Jadi Diri Sendiri
by Miss Ayu | 21 Apr 2011 |



"Saya akan cuba buat yang terbaik untuk menghiburkan peminat di sana. Saya tidak akan menjadi orang lain hanya semata-mata beranggapan peminat di Pantai Timur ini tidak berfikiran terbuka. Saya yakin peminat yang hadir ingin melihat persembahan saya yang sebenar. Jadi saya akan hiburkan peminat dengan cara saya,” ulas Faizal Tahir mengenai persembahannya di Minggu Setiausaha di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Kuala Terengganu pada 11 Mei hadapan.

“Persembahan Minggu Setiausaha ini berbeza dengan showcase atau konsert. Saya perlu beramah-mesra dengan setiausaha atau hadirin yang hadir. Jadi, saya tidak akan berada di atas pentas untuk sepanjang masa. Sebaliknya, saya akan turun ke bawah untuk mendekati hadirin. Ketika inilah peminat akan ambil peluang untuk bersalaman dan bergambar dengan saya,” tambah Faizal lagi.



Bercerita tentang pemilihan lagu, Faizal memberitahu dia akan membawakan lagu-lagu popularnya sepanjang 30 minit persembahan itu.

“Saya hanya masa 30 minit, jadi saya akan bawakan kira-kira tujuh buah lagu untuk persembahan itu nanti. Mula-mula pening juga hendak buat pilihan, tetapi akhirnya saya buat keputusan untuk nyanyikan lagu daripada kedua-dua album,” ujar Faizal yang akan diiringi oleh barisan pemuziknya sendiri.

Dalam masa yang sama, Faizal sempat memberitahu yang dia sebenarnya mempunyai perancangan untuk mengadakan persembahan berskala besar pada penhujung tahun ini. Bagaimanapun, lokasi, tarikh dan masa masih belum ditetapkan kerana dalam peringkat perbincangan.

“Saya anggap persembahan di Minggu Setiausaha ini sebagai persembahan pembukaan untuk sebuah persembahan yang lebih besar. Sebab itu saya tidak ada masalah dengan masa 30 minit itu. Kalau peminat mahu menyaksikan lagi persembahan saya, mereka perlu hadir pada konsert saya nanti,” ujar Faizal.

Sementara itu, Pengurus Besar Ri-Yaz Heritage Marina Resort, Abdul Shaheed Yusoff memberitahu pihaknya sangat berbesar hati kerana Faizal sudi berkerjasama dengan pihaknya. Jelas beliau, pemilihan Faizal dibuat kerana yakin penyanyi ini mempunyai jumlah peminat yang cukup besar.

“Saya yakin Faizal boleh menarik ramai setiausaha atau peminat yang berada di Pantai Timur ini. Lagipun kami menawarkan harga tiket yang sangat kompetitif iaitu bermula daripada RM150++ hingga RM450++. Selain dapat berhibur, hadirin juga akan disajikan dengan bufet antarabangsa yang terdiri daripada lebih 50 sajian menyelerakan. Kami menjangkakan kira-kira 1000 orang yang akan hadir dan acara ini akan dihoskan oleh pelakon Adlin Aman Ramli bagi menghangatkan suasana,” ujar Abdul Shaheed.



Mengulas tentang penganjuran yang dibuat pada bulan Mei, Abdul Shaheed memberitahu pihaknya menunda acara itu ke 11 Mei kerana menghormati kemangkatan ibunda DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin pada 21 Mac lalu.

“Kita tunggu sehingga tempoh berkabung habis, sebab itu kita buat acara ini pada bulan Mei. Bukan kerana sukar untuk mendapatkan Faizal atau sebab lain. Walaupun sudah melepasi bulan April, pihak kami masih mahu menganjurkan acara ini sebab kami adalah hotel yang sentiasa mengadakan acara istimewa sebegini,” ujar Abdul Shaheed lagi.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket boleh menghubungi talian 09 – 622 9903 atau emailkan kepada [email protected]. Banyak hadiah menarik untuk dimenangi untuk acara cabutan bertuah. Antaranya set barangan kemas, telefon bimbit, televisyen skin leper, baucer penginapan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa dan Belum Rainforest.

http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/30_Minit_Bersama_Faizal_Tahir_Janji_Jadi_Diri_Sendiri.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 04:25 PM | Show all posts
ni aku nak tanya.mcm mane nak post something dkt cari malay ni?puas dah aku travel satu page ni.tak  ...
amybeckham Post at 21-4-2011 15:58


try la masuk sini ==> http://eforum3.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=40&page=1

aku ni pun bknnya expert sgt. jarang2 masuk forum cari. tp boleh la klu nk try
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 04:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 21-4-2011 17:19



NST 21/4/2011

kredit to Ri-Yaz Heritage page
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2011 05:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 21-4-2011 17:20





kredit to Ri-Yaz Heritage page

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 07:34 PM | Show all posts
kesian laaa kt fan yg bukn kaki konsert cam diri ku ini eeehhhhhhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 10:46 PM | Show all posts
aduh kena simpan duit la aku..
aku dah la kalau sebulan x tengok show FT ni aku jadi x keruan
tp xpe worth it =)
ganu, xtau lagi but i'm trying my best..
hope i can go
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 04:46 PM | Show all posts
alamak.. aku tak der secretary nam bawak...  tak kan nak pi sorang kot..  tapi aku bukan minat sangat mamat ni sejak dia jadi superman.. lagu dia aku suka juga..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 11:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 26-4-2011 11:18

Dua album sekali gus
      
Oleh Wan Asrudi Wan  Hassan dan Mohd Nasif Badruddin
[email protected]

IRAMA pop rock cukup sinonim dengan Faizal Tahir. Penyanyi yang popular dengan lagu  Selamat Malam dan Hanyut itu turut dikenali dengan karakter dan aura persembahan di pentas.

Kehadirannya di Anugerah Juara Lagu (AJL) setiap tahun dinantikan untuk melihat gimik yang dilakukan sebagaimana AJL25, Januari lalu dengan aksinya terjun dalam air ketika menyampaikan lagu Hanyut.

Demi memenuhi kepuasan berkarya, Faizal yang baru saja menang gelaran Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), bakal tampil menerusi dua projek album terbaru.

Selain bekerjasama dengan Audi Mok, dia juga akan berkolaborasi bersama komposer muda, Omar K.

“Saya cuba menampilkan sesuatu yang berbeza daripada album sebelum ini.

“Saya tidak mahu terburu-buru dalam menghasilkan album walaupun ia membabitkan dua projek dalam satu masa. Memang saya sudah merancang tampil dengan lagu baru. Saya mahu hasilnya memberi kepuasan kepada semua terutama peminat,” katanya.

Tidak dinafikan selain berkurung di studio, artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone ini  banyak meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

Dalam perkembangan lain, Faizal bakal menghiburkan peminat di pantai timur sempena persembahan Minggu Setiausaha bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu pada 11 Mei ini bermula jam 11 pagi.

Apa yang pasti, peminat akan dihiburkan dengan himpunan lagu hits penyanyi itu antaranya Sampai Syurga, Gemuruh dan Mahakarya Cinta.

Majlis sidang media program berkenaan berlangsung di Cyberjaya, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Abdul Shaheed Yusoff, berkata populariti Faizal Tahir yang mempunyai identiti dan peminat tersendiri menjadi tarikan buat hotel berkenaan memilih penyanyi bersuara lantang itu mengadakan persembahan sempena minggu setiausaha.

Beliau berkata, Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa yang terletak di Pulau Duyong adalah satu-satunya hotel di Malaysia yang menjadi pilihan Faizal untuk mengadakan persembahan istimewa sempena Minggu Setiausaha, malah hotel berkenaan juga adalah hotel tunggal yang menganjurkan program itu di Terengganu.

“Kami yakin populariti Faizal Tahir yang baru saja dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penyanyi Lelaki Popular baru-baru ini menjadi bonus dan tarikan kepada peminat untuk menyaksikan persembahannya.

“Malah, dia yang mempunyai vokal lantang dikenali ramai dengan gimik tersendiri yang sentiasa tampil dengan idea hebat setiap kali mengadakan persembahan, sekali gus menjadikan suasana lebih bermakna,” katanya.

Menurutnya, selain persembahan nyanyian daripada Faizal Tahir yang akan dihoskan oleh Adlin Aman Ramli, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah antaranya televisyen LCD 32 inci, telefon bimbit, set barangan kemas, kamera digital, baucer penginapan dan makan minum serta pelbagai lagi.

Katanya, mereka yang berminat boleh mendapat tiket dengan harga permulaan RM150++ setiap seorang sehingga RM450++ setiap seorang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 10:58 AM | Show all posts
Bos....nak g
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 01:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 20-5-2011 13:50

‘Anda pilih saya nyanyi’      
Oleh Mohd Nasif Badruddin
[email protected]
20/5/11

KELUNAKAN suara dan gaya persembahan Faizal Tahir yang penuh dengan gimik tersendiri setiap kali beraksi di pentas hiburan, tidak dapat disangkal lagi, malah kehadirannya sentiasa ditunggu ramai.

Selain memiliki vokal mantap, penyanyi kelahiran One In A Million itu mempunyai bakat tersendiri yang unik. Tidak keterlaluan dia kini dianggap satu-satunya penyanyi lelaki era baru yang kian mendominasi arena hiburan tanah air.

Kehadirannya ke Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, sebuah penginapan terkemuka yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha, baru-baru ini, membuktikan auranya berjaya menarik perhatian ramai penonton.

Walaupun permulaan suasana agak pasif dengan keadaan penonton yang ‘malu-malu’ ketika berinteraksi dengan pengacara majlis, Adlin Aman Ramlie yang mengusik mereka sebagai rakyat Terengganu yang bersopan-santun dan penuh ciri ketimuran, keadaan bertukar sebaliknya apabila Faizal muncul di pentas.

Tampil bertenaga dengan iringan ‘live band’, Faizal yang membuka tirai dengan menyampaikan lagu Sampai Syurga, berjaya menarik perhatian peminat berkerumun menghampirinya pentas untuk merakam persembahan.

Melihatkan suasana semakin ceria dan mendapat respons peminat, Faizal mula berinteraksi dengan memberitahu persembahan itu julung kali diadakannya sempena Minggu Setiausaha di bumi Darul Iman.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa yang sudi menjemput saya dan menyediakan bilik yang sangat menarik.

“Dengan hati terbuka, saya membuka permintaan kepada anda semua untuk meminta apa saja lagu untuk dinyanyikan seperti pusat karaoke,” katanya.

Merancakkan lagi suasana, Faizal yang selesa dengan identitinya berkaca mata hitam kemudian tampil bermain gitar menyampaikan lagu Bencinta disusuli dengan lagu Cuba.

Menyusul kemudian, Faizal yang baru saja menang Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) terus menghiburkan peminat dengan lagu Hanyut dan Selamat Malam sebelum diakhiri dengan lagu Gemuruh yang turut dinyanyikan bersama peminatnya.

Menyaksikan sekumpulan peminat yang aktif mengelilingi pentas dan turut sama menyanyikan setiap bait lagunya, Faizal kemudian memperkenalkan kehadiran kumpulan berkenaan sebagai peminat fanatiknya iaitu Semesta yang sanggup bersamanya ke mana saja dia pergi.

Berkonsepkan berhibur sambil beramal, majlis berkenaan turut mengadakan acara unik iaitu bidaan tertinggi untuk bergambar secara eksklusif bersama Faizal dan wang itu kemudian disumbangkan ke Pondok Falahiah Kerandang, Jabi, Besut yang dihuni 40 orang tua dan 80 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Adlin yang membuka nilai bidaan dengan harga permulaan RM101 akhirnya akur apabila Tengku Besar Terengganu, Tengku Sharifah Nong Asegaff yang juga tetamu kehormat majlis berkenaan membuat bidaan tertinggi sebanyak RM6,000.

Terdahulu, majlis berkenaan diserikan dengan pertunjukan fesyen 15 koleksi rekaan terbaru daripada Majreha yang juga turut menaja hadiah cabutan bertuah bersama Malaysia Airlines System dan Telekom Malaysia Berhad.

Selain berhibur, penonton juga disajikan dengan lebih 50 hidangan istimewa antarabangsa yang disediakan khusus oleh Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 11:02 PM | Show all posts
masih blom bkesempatan lgk nk tgk persembahan dia secara live....uhuhuhuhuh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 01:37 AM | Show all posts
Alhamdulillah...aku dh penah ngk bos nyanyi live,mmg syok gila..cam kena karan jer rasaheee..wlupon bru 2x jerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.075093 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list