View: 7739|Reply: 4
|
[Tempatan]
3 beranak maut, seorang lagi cedera rumah terbakar di Ulu Tiram
[Copy link]
|
|
Oleh Mohamed Farid Noh - Januari 17, 2025 @ 8:51am
[email protected]

Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kediaman mereka di Kampung Oren, Ulu Tiram, di sini, terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
JOHOR BAHRU: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kediaman mereka di Kampung Oren, Ulu Tiram, di sini, terbakar awal pagi tadi.
Dalam insiden itu, empat mangsa dilaporkan terperangkap dan seorang lagi mangsa membabitkan kanak-kanak lelaki 13 tahun diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Komander Operasi Kanan JBPM, Mohd Faiz Ramli, berkata seramai 24 anggota dan empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian di Jalan Limau Manis, Kampung Oren selepas mendapat panggilan kecemasan orang awam jam 2.46 pagi.
"Di lokasi kejadian, terdapat sebuah rumah struktur kekal berkeluasan 24x30 kaki sedang marak terbakar yang memusnahkan 80 peratus kediaman berkenaan.
"Terdapat empat mangsa dalam rumah berkenaan dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dapat diselamatkan.
"Namun tiga lagi mangsa membabitkan seorang lelaki dewasa, perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan meninggal dunia dengan kesan melecur seluruh badan.
"Mangsa yang diselamatkan melecur di muka dan tangan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalilah. Pintu berkunci kot. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Moga yg selamat cepat sembuh.
Dlu ada bomba bagi talk, dia kata x digalakkan pakai pintu/tingkap grill ni yg jenis fix. Sbb dah beberapa kali kematian sbb trprrangkap dlm rmh xdpt buka grill. Kne ada kunci pendua letak dekat2. Yg tingkap tu, klau nak pkai grill, kne yg jenis berkunci blh buka dari dalam, bkn yg jenis fix screw ke dinding. |
|
|
|
|
|
|
|
klu kuarters setting grill di tingkap tu yg jenis blh slide
|
|
|
|
|
|
|
| |
|