CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14496|Reply: 0

Pembebasan 3 peringkat tahanan Palestin mula hari ini

[Copy link]
Post time 19-1-2025 09:05 AM | Show all posts |Read mode

PENYOKONG Palestin berhimpun di London, semalam selepas Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata. FOTO Reuters.

Baitulmaqdis: Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas dijangka berkuat kuasa pagi ini (waktu Gaza) dengan pembebasan tebusan akan menyusul beberapa jam kemudian, sekali gus membuka jalan kepada kemungkinan menamatkan perang 15 bulan itu.

Perjanjian terbabit menyusul selepas beberapa bulan rundingan yang diuruskan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS), serta dibuat sebelum Presiden AS Donald Trump mengangkat sumpah, esok.

Gencatan senjata tiga peringkat itu akan berkuat kuasa pada 6.30 pagi waktu Gaza (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Peringkat pertama akan berlangsung selama enam minggu yang mana 33 daripada baki 98 tebusan wanita, kanak-kanak, lelaki lebih 50 tahun, yang sakit dan cedera, akan dibebaskan sebagai pertukaran kepada hampir 2,000 banduan dan tahanan Palestin.

Mereka termasuk 737 tahanan lelaki, wanita dan remaja yang sebahagian daripadanya adalah ahli kumpulan pejuang yang disabitkan dengan serangan yang membunuh berpuluh rakyat Israel, serta ratusan rakyat Palestin dari Gaza yang ditahan sejak permulaan perang.

Tiga tebusan wanita dijangka dibebaskan pada petang Ahad melalui Palang Merah, sebagai balasan kepada 30 tahanan Palestin setiap seorang.

Selepas pembebasan tebusan Ahad, ketua perunding AS, Brett McGurk berkata, perjanjian itu menggesa empat lagi tebusan wanita dibebaskan selepas tujuh hari, diikuti dengan pembebasan tiga tebusan lagi pada setiap tujuh hari selepas itu.

Pasukan Presiden AS, Joe Biden bekerjasama rapat dengan utusan Trump di Timur Tengah, Steve Witkoff untuk mendesak perjanjian itu dijayakan.

Menjelang pertabalannya, Trump mengulangi tuntutannya supaya perjanjian gencatan senjata dilakukan dengan segera, memberi amaran berulang kali bahawa akan ada "neraka untuk membayar" jika tebusan tidak dibebaskan.

Bagaimanapun, apa yang seterusnya akan berlaku terhadap Gaza masih tidak jelas, dengan ketiadaan perjanjian komprehensif mengenai masa depan semenanjung itu selepas perang, selain memerlukan berbilion dolar untuk pembinaan semula dan memakan masa.

Walaupun matlamat gencatan senjata yang dinyatakan adalah untuk menamatkan perang sepenuhnya, ia tetap boleh digagalkan dengan mudah.

Hamas yang telah menguasai Gaza selama hampir dua dekad, masih bertahan walaupun kehilangan kepimpinan tertinggi dan ribuan pejuang.

Rejim Israel pula berikrar tidak akan membenarkan Hamas kembali berkuasa, mendakwa sudah membersihkan kawasan yang luas di dalam Gaza, dalam satu langkah yang dilihat secara meluas sebagai tindakan ke arah mewujudkan zon penampan yang akan membolehkan tenteranya bertindak bebas terhadap ancaman di enklaf itu.

Di Israel, pengembalian tebusan mungkin meredakan sedikit kemarahan orang ramai terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan kerajaan sayap kanannya berhubung kegagalan keselamatan 7 Oktober lalu yang membawa kepada hari paling maut dalam sejarah negara terbabit.

Tetapi penyokong tegar dalam kerajaannya telah mengancam untuk berhenti jika perang terhadap Hamas tidak disambung semula, menyebabkan beliau tertekan antara keinginan Washington untuk melihat perang berakhir, dan sekutu politik sayap kanannya di negara sendiri.

Sekiranya perang diteruskan, berpuluh-puluh tebusan berkemungkinan akan ditinggalkan di Gaza.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.349296 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list