CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30084|Reply: 0

Gencatan senjata takkan mula selagi tiada senarai nama tebusan - Netanyahu

[Copy link]
Post time 19-1-2025 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by aryllis at 20-1-2025 07:10 AM


PELARIAN Palestin berjalan pulang ke rumah mereka sebelum gencatan senjata berkuat kuasa di bandar Gaza. FOTO Reuters.

Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hari ini memberi amaran gencatan senjata di Gaza yang dijadualkan pada 6.30 pagi waktu Gaza tidak akan bermula, melainkan Hamas memberikan senarai nama tebusan, dengan kumpulan itu memberi alasan kelewatan kerana 'sebab teknikal'.

"Perdana menteri sudah mengarahkan IDF (tentera Israel) bahawa gencatan senjata yang dijadualkan berkuat kuasa pada 8.30 pagi (waktu tempatan) tidak akan bermula sehingga Israel menerima senarai tebusan yang dibebaskan kerana Hamas komited untuk menyediakannya," kata pejabat Netanyahu dalam kenyataan.

Hamas sebelum ini mengesahkan komitmennya terhadap syarat gencatan senjata.

"Kelewatan dalam memberikan nama mereka (tebusan) yang akan dikeluarkan dalam kumpulan pertama adalah atas sebab teknikal," kata kumpulan itu dalam kenyataan.

Lewat Sabtu, Netanyahu memberi amaran bahawa pertukaran tahanan Palestin sebagai pertukaran tebusan hari ini tidak akan berlaku melainkan senarai tawanan disediakan.

Beliau juga berkata, Israel berhak untuk menyambung semula perang 'jika perlu' dengan sokongan Amerika Syarikat dan gencatan senjata semasa adalah bersifat 'sementara'.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.249896 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list