View: 26679|Reply: 3
|
[Tempatan]
Takde Hantu,Kita Bagi Hantu:Glory Beach Resort Nafi Hotelnya ‘Berhantu’tapi tawarkan hiburan seram Haunted House untuk rasa hantu.Anda nak coba?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 19-1-2025 10:54 PM
Glory Beach Resort adalah sebuah pusat peranginan yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti santai yang sangat menarik untuk pelancong.
Namun, di sebalik nama resort yang gah ini, terdapat beberapa kisah misteri yang dikatakan tempat ini dihuni oleh semangat dan entiti tertentu yang sering mengganggu pengunjung. Betul ke?
Melalui sidang media bersama pihak pengurusan Glory Beach Resort, mereka menjelaskan bahawa hotel mereka sebenarnya tidak mempunyai gangguan atau entiti ghaib seperti yang didakwa oleh segelintir pengunjung.
Namun, yang ada sebenarnya hanyalah Haunted House, satu inisiatif kreatif daripada pihak resort yang menawarkan hiburan seram yang menyeronokkan kepada pengunjung.
Yang Berhormat Dr. Rajasekaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung pada khamis lalu telah dijemput untuk merasmikan Haunted House dan merasai sendiri pengalaman kreatif daripada resort itu.
Glory Beach Resort adalah hotel pertama yang menganjurkan Haunted House dan ianya adalah usaha yang sangat baik untuk menarik pelancong.
Pengalaman saya takut sikit, tapi sangat baik. Creation mereka sangat bagus, memang boleh buat kita takut.-Katanya
Dr. Rajasekaran juga berharap dengan adanya program ini, ianya dapat menarik ramai lagi para pelancong dan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi komuniti tempatan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hotel ni best utk seisi family yg nak bercuti even dari luar nampak pprt sikit ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar nama jadi Gory Beach Resort pun OK jugak kot.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|