CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8165|Reply: 0

Gencatan senjata di Gaza bawa 'harapan yang sangat diperlukan' - IOM

[Copy link]
Post time 20-1-2025 09:20 AM | Show all posts |Read mode

Amy Pope - Foto OIM



ISTANBUL - Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza membawa "harapan yang amat diperlukan" ketika jeda dalam pertempuran bermula pada Ahad berikutan konflik selama 15 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Gencatan senjata di Gaza membawa harapan yang amat diperlukan, menawarkan peluang untuk menyatukan semula keluarga dan mula membina semula kehidupan yang hancur,” kata Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Amy Pope di X.




Beliau berkata, skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.

Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan itu berkuat kuasa pada 0915GMT Ahad, tertangguh daripada jadual asal pada 0630GMT selepas Israel menuduh Hamas melengahkan pembebasan senarai tawanan.

Serangan tanpa henti Israel 7 Oktober 2023 telah memusnahkan Gaza, dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan hampir 47,000 kematian dan lebih 110,700 kecederaan, kebanyakannya melibatkan wanita dan kanak-kanak. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.167036 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list