CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11275|Reply: 0

Terkejut bunyi bunga api, gajah rempuh pengunjung

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:12 PM | Show all posts |Read mode

FOTO Facebook menunjukkan insiden berkenaan.

Bangkok: Lima pengunjung tapak pameran Palang Merah Nong Bua Lamphu di Thailand cedera selepas dirempuh gajah yang dibawa secara haram oleh pemiliknya ke acara itu dengan tujuan meminta derma.

The Nation melaporkan, polis dan pegawai wilayah mengesahkan kejadian itu berlaku pada malam 18 Januari lalu apabila penganjur pameran Palang Merah menyalakan bunga api sebagai sebahagian daripada upacara perasmian yang membuatkan gajah berkenaan terkejut hingga bertindak agresif.

Video sebahagian insiden yang mengejutkan itu sempat dirakam penduduk tempatan, yang juga pemilik akaun Facebook (Fb) Picky Phurada.

Rakaman video itu dimuat naik pada 9.40 malam dan menunjukkan gajah itu merempuh mangsa iaitu ibu dan anak perempuan.

Klip itu menunjukkan gajah itu memijak dua wanita yang terjatuh, manakala seorang individu dilihat cuba menghalangnya, tetapi tidak berjaya.

Saksi memberitahu polis bahawa gajah itu dibawa ke dalam pameran di Stadium Raja Naresuan di hadapan pejabat daerah Mueang di wilayah Nong Bua Lamphu, untuk meminta derma.



Lima individu yang cedera dikejarkan ke hospital wilayah dan dirawat kerana lebam sebelum dibenarkan keluar.

Pegawai daerah dan polis kemudian menemukan gajah itu di kampung Ban Na Kae di Tambon Lamphu, kira-kira dua kilometer (km) dari tapak pameran itu.

Gajah itu dibawa menaiki trak enam roda ke Balai Polis Mueang, sementara menunggu tindakan undang-undang terhadap pemiliknya.

Gabenor Nong Bua Lamphu Surasak Aksornkul berkata, beliau dimaklumkan bahawa gajah itu memasuki perkarangan pameran itu pada waktu pagi, jadi beliau mengarahkan pegawai supaya memberitahu pemiliknya untuk membawanya keluar kerana berbahaya jika ada haiwan berkenaan di situ
Bagaimanapun, Surasak berkata, pemilik kemudiannya membawa gajah itu ke dalam kawasan pameran, pada sebelah petang.

Lima orang yang cedera kemudian memfailkan aduan kepada polis.


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.505547 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list