CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26883|Reply: 0

[Tempatan] Syukur sepanjang Kenik hilang, Allah turunkan hujan setiap hari

[Copy link]
Post time 20-1-2025 11:06 PM | Show all posts |Read mode



RAUB – Lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang hilang di ladang sawit berhampiran rumahnya di Kampung Ulu Atok, Sega di sini Rabu lalu hanya bergantung dengan sumber air hujan sepanjang lima hari kehilangannya.

Zulkifli Ramli, 44, yang mesra dipanggil Kenik dijumpai penduduk kampung dalam keadaan lemah dengan luka kecil pada badan selain berkaki ayam pada pukul 3.30 petang semalam kira-kira 2.2 kilometer dari rumah.

Ibunya, Kamariah Husin, 72, berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana anak ketiga daripada enam beradik itu ditemui dalam keadaan selamat.

“Kenik beritahu dia hanya minum air hujan. Saya bersyukur sepanjang kehilangan Kenik Allah turunkan hujan setiap hari. Mungkin dengan cara itu Kenik mampu bertahan sehingga dia ditemui,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Ditanya sama ada wujud unsur mistik, bapanya, Ramli Mat, 80 berkata, perkara itu di luar kemampuannya namun pelbagai usaha dilakukan termasuk kerjasama dengan pasukan keselamatan.

“Saya tidak menyangka Kenik akan sesat dan pergi sejauh itu sebab sebelum ini dia hanya membawa lembu meragut rumput berhampiran rumah.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, malah ada orang luar yang sanggup turun ke sini semata-mata mahu bantu mencari Kenik,” katanya.

Sebelum ini, mangsa yang juga OKU lembam dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat membawa lembu ke padang ragut di kawasan ladang sawit berhampiran pukul 10 pagi, Rabu lalu.  

Sumber  – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.980646 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list