Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 32 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah hotel di pusat peranginan ski Kartalkaya, Turkiye. Foto AFP
BOLU (Turkiye) - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 32 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah hotel di pusat peranginan ski Kartalkaya, Turkiye, lapor Agensi Anadolu memetik pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Kebakaran bermula sekitar 0027 GMT di kawasan restoran hotel itu sebelum merebak dengan pantas ke seluruh bangunan, menurut Gabenor Bolu, Abdulaziz Aydin.
Pasukan kecemasan dari bandar-bandar berdekatan termasuk bomba, unit tindak balas bencana dan pasukan perubatan yang disokong oleh helicopter digegaskan ke lokasi kejadian.
Pihak berkuasa memindahkan kira-kira 230 tetamu dari hotel itu ketika usaha memadam kebakaran masih diteruskan.
Siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan.
Kartalkaya, yang terletak di wilayah Bolu merupakan antara destinasi pelancongan musim sejuk utama Turkiye, menarik ribuan pengunjung sepanjang musim lunucu salji.
Pusat peranginan itu terletak kira-kira 295 kilometer (183 batu) dari Istanbul. - Bernama
|