View: 30747|Reply: 13
|
[Tempatan]
Mungkin hanya B40, M40 dapat tol percuma musim perayaan
[Copy link]
|
|
Oleh Suzalina Halid
Januari 21, 2025 @ 5:54pm
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memperkenalkan mekanisme khas yang memberikan tol percuma atau diskaun hanya kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40, melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Itu antara jangkaan dilaksanakan kerajaan susulan tindakan menamatkan pemberian tol secara percuma sempena musim perayaan bermula tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T Saravanan, berkata PADU yang dibangunkan sebagai repositori data nasional, boleh digunakan untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat.
"Dengan pengumuman pendekatan yang lebih bersasar dalam pemberian tol percuma, terdapat beberapa jangkaan terhadap pelaksanaan langkah ini.
"Salah satunya ialah kerajaan mungkin memperkenalkan mekanisme khas yang memberikan tol percuma atau diskaun hanya kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40," katanya kepada BH.
Beliau mengulas langkah kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.
Pada masa sama Saravanan berkata, keputusan kerajaan untuk tidak lagi menawarkan tol percuma sempena musim perayaan memberikan tiga isyarat penting kepada rakyat.
Beliau berkata, isyarat pertama, langkah itu mencerminkan usaha kerajaan dalam menyesuaikan perbelanjaan fiskal, yang menunjukkan keutamaan terhadap pengurusan kewangan negara yang lebih mampan dan bertanggungjawab.
"Ini juga menunjukkan kerajaan berusaha mengurangkan subsidi berskala besar yang boleh memberi tekanan kepada kewangan negara dalam jangka panjang.
"Kedua, keputusan ini menunjukkan keutamaan kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada keperluan yang lebih kritikal, seperti bantuan kepada golongan rentan dan pembangunan infrastruktur awam yang lebih berkesan.
Beliau berkata, isyarat terakhir memberi gambaran bahawa kerajaan bertindak balas terhadap tekanan ekonomi semasa, termasuk peningkatan kos sara hidup dan cabaran ekonomi global, dengan mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dalam mengurus kewangan negara.
Ia juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan bantuan yang diberikan benar-benar memberi impak kepada rakyat yang memerlukan, bukannya sekadar langkah populis yang membebankan kewangan negara dalam jangka masa panjang.
Dalam perkembangan sama, Saravanan berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberikan diskaun tol pada waktu luar puncak bagi menggalakkan penyuraian trafik dan penggunaan lebuh raya yang lebih cekap, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan.
"Pendekatan lain yang dijangka adalah melalui pemberian insentif perjalanan secara digital, seperti baucar tol atau rebat yang boleh ditebus melalui aplikasi diiktiraf kerajaan dalam tempoh tertentu.
"Langkah ini diharapkan dapat memastikan manfaat diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus mengelakkan pembaziran sumber negara dan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sistem lebuh raya negara," katanya.
Dari sudut penyelarasan subsidi, langkah ini boleh dianggap sebagai satu pendekatan yang baik kerana ia dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan dengan memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang benar-benar layak.
Penggunaan sistem seperti PADU dalam menyasarkan penerima manfaat adalah satu langkah bijak kerana ia membolehkan penyaluran subsidi yang lebih tepat dan mengelakkan ketirisan bantuan kepada mereka yang tidak memerlukannya.
"Selain itu, langkah ini juga akan meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber awam dengan menyalurkan dana ke sektor yang lebih penting seperti kesihatan, pendidikan, dan pembangunan ekonomi yang memberikan manfaat jangka panjang kepada negara.
"Pendekatan ini juga dapat mengurangkan ketirisan subsidi yang sering berlaku apabila bantuan diberikan secara menyeluruh tanpa mengambil kira keperluan sebenar penerima," katanya.
Tanpa tol percuma mungkin jejas pelancongan
Sementara itu, penganalisis ekonomi University College i-CATS Kuching, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, pula berkata kerajaan dicadangkan supaya melaksanakan rundingan dengan syarikat konsesi supaya pampasan hari pemberian tol percuma itu dapat diserap atau sebahagiannya ditanggung mereka.
Ini kerana langkah kerajaan yang tidak lagi menawarkan pemberian tol percuma sempena cuti perayaan secara tidak langsung mampu memberi kesan negatif kepada industri pelancongan tempatan apabila tiada rangsangan untuk rakyat Malaysia bercuti melalui kemudahan itu.
Ketika pemberian tol percuma sempena Krismas, Disember lalu, kerajaan membayar jumlah pampasan sebanyak RM38 juta kepada syarikat konsesi dan jumlah itu diyakini dapat ditanggung oleh kerajaan.
"RM38 juta itu tidaklah membabitkan jumlah yang besar dan ia boleh dirunding untuk ditanggung sebahagiannya oleh syarikat konsesi.
"Ini kerana kita yakin hasil limpahan pelancongan domestik hasil penyewaan hotel dan perbelanjaan, mampu memberikan hasil lebih tinggi kepada kerajaan apabila rakyat bercuti dengan suntikan tol percuma," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Naik hantulah para acik porem t20 dalam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku sebagai rakyat Malaysia yg duduk luar bandar sabah, memg nampak projek infrastruktur naik berbanding zaman najib |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry raya cina weols tak naik hiway... weols fly over the sea pegi cop passport |
|
|
|
|
|
|
|
cuma nak tau macam mana dia implement. Kalau BMW lalu palang tak angkat ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak identify which is which? Ada je T20 pakai kereta lusuh buat basahan pergi kerja. Ada yang M40 sewa estima untuk balik kampung jumpa sedara mara. Ada B40 acah bergaya pakai H.
Ke ada pegawai LHDN jaga kat tol mintak ic untuk check kita ni golongan apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia akan tanya sokong parti mana kot
Kalau sokong PH dan PAS biasanya golongan b40 |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah..teruk nau zaman bapok tua..janji nk hapus tol tp dia gi hapus tol percuma plak |
|
|
|
|
|
|
|
Nak check mcm mn la agaknya...melalui no plat kete ke... Kad touch n go ke...kalo yg guna kete sewa atau kete sambung bayo agaknya naik status pe la ye...ketimbang btl... |
|
|
|
|
|
|
|
Lapiji tggu kat tol ke tanya awak B40 keM40? Bang Non pulak pegang buku nota catat no keta. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated: cuma nak tau macam mana dia im ...
Mungkin dia guna ic kot sbb ic ada TnG jgk..
Tak lama lagi pun dah nak guna ic baru jd semua tertumpu dekat situ kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 22-1-2025 12:20 AM
Kahkahkah..teruk nau zaman bapok tua..janji nk hapus tol tp dia gi hapus tol percuma plak
Yg menteri & pengiring² dia suma dpt tol free..kereta belum smp palang dah terbuka..
Rasa mcm miskin betul zaman PMX nie... Semua benda nak cut off..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sembang. Sampai skrg subsidi petrol bersasar pun belum dapat implement |
|
|
|
|
|
|
|
adoila semua nak sekat ekkk...
kesian jadi T20 haha..
ehh.. tapi T20 tu tak terkesan pon tak dapat subsidi... mcm angin lalu je diskaun tol tu pada dorang..
kalau dah gi holiday keliling dunia.. takkan la tol KL-JB pon hadap jugak nak merasa.
yg ni ok2 je la pada aku.. and berapa sebenarnya level T20 ni? stok2 income sebulan berapa bole layak masuk kasta T20 ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|