CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30264|Reply: 0

[Johor] Penipuan pelaburan produk kecantikan: Lelaki rugi lebih setengah juta

[Copy link]
Post time 21-1-2025 10:06 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru : Seorang lelaki berputih mata apabila kerugian lebih setengah juta ringgit selepas terpedaya dengan pelaburan produk kecantikan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun, pada semalam, yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Beliau berkata, mangsa mendakwa pada 9 Disember tahun lalu, dia ada menerima mesej melalui aplikasi Instagram berkaitan pelaburan produk kecantikan daripada seorang wanita.

"Mangsa tertarik dengan pelaburan itu, lalu menghubungi individu itu.

"Mangsa turut diberikan penerangan melalui pautan internet yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan.

"Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan melakukan sebanyak 41 transaksi ke 19 akaun berbeza yang diberikan iaitu bermula 19 Disember tahun lalu hingga Jumaat lalu dengan jumlah keseluruhan modal sebanyak RM553,095," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, mangsa menyedari dirinya telah ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan ketika cuba mengeluarkan keuntungan RM18,000 seperti tercatat menerusi pautan yang diberikan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.


Disiarkan pada: Januari 21, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.048112 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list