PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata dia tidak yakin perjanjian gencatan senjata di Gaza akan menjadi kenyataan.
Ketika ditanya oleh seorang wartawan di Pejabat Oval pada hari pertama selepas mengangkat sumpah pada Isnin mengenai keyakinannya terhadap perjanjian gencatan senjata, Trump berkata dia tidak pasti.
"Saya tidak pasti. Ia bukan perang kita, ia perang mereka. Saya melihat gambar Gaza. Gaza kelihatan seperti tapak perobohan besar-besaran," kata Trump, memetik laporan Anadolu.
Taikun hartanah yang menceburi dunia politik itu menambah, Gaza boleh berubah dengan pembinaan semula yang hebat jika perjanjian itu diteruskan.
"Lokasinya bagus di tepi laut, cuaca bagus. Semuanya baik-baik saja.
"Saya fikir ada beberapa perkara boleh dilakukan di sana," katanya.
Israel melancarkan perang besar-besaran ke atas Gaza yang telah membunuh hampir 47,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Oktober 2023.
Pada Ahad, Israel dan Hamas sepakat melaksanakan perjanjian gencatan senjata yang merangkumi pertukaran tebusan dan tahanan.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lalu terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoavav Gallant kerana jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana perangnya terhadap Gaza.
Sumber ; mStar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 22-1-2025 08:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Menantu dia kan hanat suruh anta org Palestine g duduk kat gurun sementara dorang buat projek pembangunan kat tepi laut Gaza tu..dasar yahudi pekat menantu hantu
Post time 22-1-2025 09:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Dwdrum at 21-1-2025 05:05 PM
Harap trump withdraw troops dari syria and iraq.... Biar donia tengok gang ini suka main paintball sama sendiri... Ter utamanya iraq... Abd No more war refugees.... Hanya focus israel
Post time 22-1-2025 09:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Biden/democrat yang bagi party pro muslim juga...
Kadang kadang story bukan interesting sangat untuk di dengar... Tetapi interesting apabila mendengar untuk kenal pen cerita (story teller)
israel kacau tebing barat pulak.alasan celaka tu gencatan senjata dekat gaza je sbb diorg deal dgn hamas.so x apply dekat west bank.west bank xde hamas.mmg celaka laknatullah
knp perlu mgharapkan US hentikan perang di palestin Turki melalui proksi skrg berada di depan pintu saja utk membela palestin xlama lagi melalui pelbagai senjata canggih buatan sdri
Post time 22-1-2025 01:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-1-2025 11:28 AM
Saya cukup suka cara president baru US
Sama sissy. Akak jua turut suka sissy. Malah akak harap malaysia juga ikut cara heols sissy. Hidup kita is hidup kita, hidup orang lain boleh pergi mam, sissss….. tak koserrrr nak peningkan pala pikir sis. Kat malaysia jah dah beribu-ribu masalah, lagi nak pening pikir negara lain buat apa dek.
Ini statement awal menggambarkan perang palestin israel ni banyak faktor yang mempengaruhinya. Masih terlalu awal untuk tau apa respond trump sebenarnya. Mungkin dia nak fikir apa option dia untuk tindakan-tindakan selanjutny, mungkin dia perlu masa.
Kena tunggu beberapa lama, baru tau apa yang dia nak buat sebenarnya.. kita boleh memahami tindakan2 yg diambil lebih baik dari statement yg ringkas spt itu