View: 28763|Reply: 7
|
“Memang Betul Pun Saya Ketot, Kenapa Nak Terasa” - ‘Presiden Keychain’, Nuha Bahrin
[Copy link]
|
|
Ketinggiannya sering menjadi bahan gurauan sehingga ada yang menggelarnya ‘Presiden Keychain’, penyanyi Nuha Bahrin berkata dia tidak berkecil hati.
Memetik HibGlam, Nuha berkata gurauan netizen itu membuatkan dia gembira kerana merasakan individu yang bertubuh kecil mempunyai tempat dalam masyarakat.
“Saya okey sahaja apa yang orang nak cakap tentang ketinggian. Sebenarnya saya gembira sebab perempuan renek-renek seperti saya ini merasakan ‘they belong to somewhere’. Jadi, kalau anda pendek, saya faham perasaan anda. Saya juga tidak terasa hati pun,” katanya.
Sementara itu, Nuha berkata dia tidak pernah menganggap gurauan mengenai ketinggiannya sebagai satu bentuk penghinaan kerana ianya perkara yang betul dan dia tidak terasa hati.
“Dia malah menerima segala kekurangan diri dan bersyukur dengan apa sahaja yang sudah diberikan Tuhan. Saya tak pernah anggap benda itu sebagai satu penghinaan atau komen netizen sebagai kecaman.
“Walaupun ada orang gelar pendek dan ketot, itu perkara betul pun. Jadi, kenapa saya nak terasa dengan benda yang betul, saya okey sahaja,” katanya.
Sumber : Hibglam, Rotikaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahagian komen sesendu dirinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun akak tak kenal ko sapa dik, tapi akak nak commend kau, dik. Sbb ko berani peluk unta tu. Unta kan tu? Ke, llama? Kalau akak, akak tak berani. Takut kena herdik |
|
|
|
|
|
|
|
terpaksa la buat2 terima jadi presiden keychain untuk menaikkan populariti ko yang sendu ittew.
padahal dari dulu orang kata icha PMW tu yang keychain2
tiber dia pulak nak jadi presiden.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendeknya!!!!
Mmg now samada lelaki pompan semua ketot ketot.
Masa kecik Mak pak tak bagi good nutrient.
Kan ada iklan cegah bantut.
Siannya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ya amponnn sedapnya dia peluk binatang tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|