CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25095|Reply: 0

[Kedah] Guna nombor pendaftaran nama sendiri, wanita dikompaun JPJ

[Copy link]
Post time 22-1-2025 01:22 AM | Show all posts |Read mode
Guna nombor pendaftaran nama sendiri, wanita dikompaun JPJ

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





KERETA yang ditahan penguat kuasa JPJ kerana menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. FOTO Ihsan JPJ Kedah.





Alor Setar: Wanita memandu kereta Honda City menggunakan nombor pendaftaran seperti perkataan yang menunjukkan namanya, dikompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kerana tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Wanita berusia 30-an yang juga pemilik kereta itu mengaku bahawa nombor pendaftaran terbabit adalah pemberian suaminya.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, pasukan penguat kuasanya menahan kereta dipandu wanita berkenaan pada 6,40 petang semalam di Kilometer 49.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan.

"Ia kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, jadi notis dikeluarkan untuk tindakan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, penguat kuasa mengeluarkan notis JPJ (P) 22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Sehubungan itu, JPJ Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan terbabit," katanya.



Disiarkan pada: Januari 21, 2025 @ 8:20pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1179167/guna-nombor-pendaftaran-nama-sendiri-wanita-dikompaun-jpj




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.035367 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list