CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7183|Reply: 0

Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"

[Copy link]
Post time 22-1-2025 09:25 AM | Show all posts |Read mode


Pelakon Farid Kamil memaklumkan pihaknya melantik peguamnya sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraiannya dengan isteri, Diana Danielle.

Memetik mStar Online, peguam syarie Fakhrul Azman berkata proses JKP akan berlangsung di pejabat agama sebelum tarikh laporan kedua-dua belah pihak disebut pada 24 Mac depan.

“Bagi pihak Farid kita melantik peguam sebagai wakilnya dan proses JKP akan diadakan di pejabat agama selain tarikh keputusan masih sama iaitu 24 Mac 2025.

“Jika kedua-dua mereka ingin berbincang untuk berdamai atau berbaik semula memang tiada masalah memandangkan pasangan ini masih lagi suami isteri. Apa pun kita tunggu proses seperti diarahkan mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Farid kekal dengan pendiriannya untuk tidak menceraikan isterinya serta berharap dapat mencari jalan pernyelesaian menerusi proses JKP.

“Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan. Saya hanya perlukan doa yang baik-baik dan perndirian masih kekal (bersama Diana),” katanya.
  


Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid Kamil pada 4 November lalu.


Sumber : mStar, Rotikaya


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.113386 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list