|
Hutan Aokigahara - Hutan Bunuh Diri? 100 Mayat Bunuh Diri Ditemui Pada Tahun 2003
Hutan Aokigahara. Hutan ini yang turut dikenali sebagai See of Trees terletak di Gunung Fuji, Jepun. Gunung Fuji sentiasa dikaitkan sebagai gunung paling suci bagi rakyat Jepun. Oleh yang demikian, ada di kalangan mereka bertindak ‘mencabut nyawa’ masing-masing di sini. Mungkin bagi orang Jepun, bunuh diri telah menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Masakan tidak, ketika WWII, ramai tentera jepun meninggal disebabkan amalan Harakiri dan Kamekaze mereka.
Hutan Aokigahara telah menjadi tempat paling popular di Jepun untuk membunuh diri. Pada 2002, 78 mayat ditemui dengan pelbagai keadaan. Ia meningkat berbanding 73 mayat ditemui pada tahun 1998. Bagaimanapun, pada tahun 2003, sebanyak 100 mayat ditemui. Pada tahun berikutnya, kerajaan Jepun tidak membenarkan hebahan jumlah mayat ditemui, bimbang ia akan menarik minat lebih ramai orang lagi untuk membunuh diri. Ramai di kalangan mereka memilih untuk mengantung diri dan tidak kurang daripada mereka bertindak dengan meminum racun! Hutan yang sunyi dan bertemankan bunyi cengkerik ini menjadi tempat paling sesuai bagi rakyat Jepun untuk menamatkan riwayat mereka yang kononnya ia adalah sebuah tempat yang suci.
DIFILEMKAN
Pada tahun 2010, Filem berjudul The Forest arahan Shan Serafin mengisahkan roh yang membunuh diri di Aokigahara menghantui seorang model.
Lebih awal sebelum itu, pada tahun 2004, filem Jyukai: See of Trees Behind Mt. Fuji arahan Takimoto Tomoyuki yang mengisahkan 4 sekawan membuat keputusan gila untuk membunuh diri di Aokigahara. Tomoyuki memberitahu media ketika satu temubual,, bahawa beliau menjumpai sebuah dompet yang terisi dengan duit sebanyak 370,000 yen (3760 dollar Amerika) ketika penggambaran di sini. Ia tidak berakhir di situ, beliau juga menemui bermacam-macam barang seperti kad kredit, lesen memandu dan pas keretapi yang beliau mempercayai adalah milik si pembunuh diri. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan tadi Hutan yg bunuh diri rupa2nya ada kisah disebaliknya |
|
|
|
|
|
|
|
macam penah baca tp dimana ya |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkn hantu bunuh diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# Mede
bnyak je entri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# kikuri
bnyk je entri psal ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Mede
bnyak je entri ni
amybeckham Post at 21-4-2011 17:35
tq amy... |
|
|
|
|
|
|
|
emm cane lau gi tempat tu ehh mesti menyeramkan |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sepaileman at 21-4-2011 18:44
dah ada katup.......kepada amy sila guna function search tu dulu sebelum bukak topik
tq |
|
|
|
|
|
|
| |
|