|
Utusan : 14/04/2011
Bayar kompaun MPAG diskaun 50%
MELAKA 13 April - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menawarkanpengurangan kompaun sebanyak 50 peratus kepada mereka yang menjelaskanbayaran itu sebelum 31 April ini.
Yang Dipertua MPAG , Kamaruddin Md. Shah berkata, tawaran selamasebulan bermula 1 April lalu itu adalah bersempena Sambutan Ulang TahunKelapan MPAG pada 30 April ini.
"Diskaun sebanyak 50 peratus merupakan salah satu usaha kami untukmeringankan beban pengguna. Ia juga sebagai galakan kepada mereka yangdikenakan kompaun supaya segera menjelaskannya sebelum dikenakantindakan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, selain bagi kesalahan individu, bayaran separuh harga itujuga sah kepada agensi swasta yang ingin menjelaskan kompaun merekasebelum 31 April ini.
Dalam perkembangan lain Kamaruddin berkata, MPAG menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan ulang tahun itu.
Antaranya menurut beliau, ialah peraduan mewarna dan pertandingankawad kaki di Dataran Keris, Alor Gajah pada 23 April ini, pertandinganfutsal tertutup Piala YDP MPAG (24 April) di Sport Planet Pulau Sebangdan Forum Perdana di Taman Masjid Tanah Ria pada 28 April.
Jelasnya, kesemua pertandingan itu menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai sehingga RM1,000.
"Acara kemuncak ialah malam perasmian sambutan ini di Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah pada pukul 8 malam, 30 April ini.
"Orang ramai dipelawa menyaksikan persembahan artis tanah air padamalam tersebut antaranya Faizal Tahir, Jamal Abdillah, Datuk YusniHamid, Datuk Ahmad Jais, Siti Nordiana, 6xth Sense dan Axl's," katanya. |
|