CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3265|Reply: 1

FT@konsert ulangthn TV9,20 Mei

[Copy link]
Post time 25-4-2011 12:48 AM | Show all posts |Read mode

Faizal Tahir antara artis yang akan menjayakan konsert sempena ulang tahun ke-5 TV9.

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV9 menyasarkan untukmendekati golongan remaja dengan menyajikan pelbagai aktiviti menariksempena ulang tahun kelima stesen tersebut.
Antara acara besar-besaran adalah konsert ulang tahun TV9 pada 20Mei ini di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Di samping itu turutdiadakan majlis pelancaran ulang tahun tersebut dan mengumumkanaktiviti yang dirancang sepanjang tahun ini.
Seramai lapan artis akan terlibat seperti kumpulan Pesawat, Ella,Faizal Tahir, Haris (Idola Kecil 3) dan kumpulan Awan Band. MenurutKetua Pengurusan Penjenamaan TV9, Feisal Abdul Malik, golongan remajamenjadi sasaran mereka untuk menambah jumlah audiens yang lebih besar.
Sebelum ini mereka telah berjaya menarik golongan kanak-kanak menerusi siri kartun “Upin Ipin” dan mengekalkan sasaran itu.
“Kita telah melakukan beberapa aktiviti untuk remaja seperti programEkspresi Remaja di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alambeberapa hari lalu dengan menjemput rakan artis seperti Aizat dankumpulan Hujan untuk membuat persembahan.
“Kita berhasrat untuk menjadikan TV9 sebagai landasan untukmencungkil bakat remaja dan selepas ini merancang untuk ke UniversitiTeknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) pada September dan Oktober ini.
"Kami akan menganjurkan gitar idol, bengkel gitar, pertandingan bandindie dan “gig” untuk meraikan kumpulan muzik remaja selama dua haripada 9 dan 10 Julai depan.
"Antara artis yang terlibat dalam konsert adalah Aizat, kumpulanHujan dan Bunkface," ujar Feisal dalam satu sidang media di sini,Jumaat.
Katanya lagi, TV9 melakukan perubahan dari segi penyusunan kandungan apabila tidak lagi mempunyai siaran ulangan.
"Sebelum ini banyak ulangan drama tetapi sekarang banyak program dan drama yang baru disiarkan.
"Setakat ini, program seperti Tanyalah Ustaz telah mencecah lebih 600,000 penonton dan Semanis Kurma juga menjadi antara program popular," ujarnya sewaktu karnival Nasi Lemak Kopi O sempena ulang tahun kelima itu.
Karnival yang berlangsung di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utamaitu diwarnai oleh persembahan artis tempatan iaitu penyanyi Anuar Zain,Alyah dan Misha Omar.
Selain itu, program tersebut turut dimeriahkan celoteh olehpengacara Aziz Desa, Farah Anuar, Fateen (Gadis Melayu) dan SharifahNur.

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ ([email protected])
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2011 05:49 PM | Show all posts
FT tak jadi join konsert ni... info dari TV9...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046982 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list