CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10350|Reply: 0

Tokti nak jual kuih, suami kata sedekah jela

[Copy link]
Post time 5-2-2025 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Teringat momen indah ketika zaman kanak-kanak, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan hasrat untuk berniaga kuih-muih pada Ramadan ini.

Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, hajatnya itu sudah disuarakan kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa, namun respons diterima agak berbeza daripada jangkaan.



“Saya ada beritahu suami, nak berniaga, nak jual kuih depan rumah bulan Ramadan ini.

“Bolehlah cari duit poket. Pembantu rumah saya pun pandai buat kuih, seronok pula bila dapat isi masa lapang dengan berniaga.

“Tapi suami hanya berlalu pergi dengan seribu pertanyaan,” katanya dalam TikTok.

Seperti tidak memberi lampu hijau, pelantun lagu Purnama Merindu itu berkata, suaminya mencadangkan supaya kuih-muih yang dibuat diberikan secara percuma sebagai sedekah kepada orang ramai.

  


“Suami kata lebih baik sedekah, bagi sahaja dekat orang kuih yang saya buat itu.

“Saya jawab, sedekah lain, berniaga lain. Saya hanya nak rasa keseronokan berniaga, bukan sebab duit semata-mata,” jelasnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberi sokongan terhadap idea tersebut selain memuji sikap rendah diri Siti yang masih mengingati akar umbinya.

  


“Tokti memang ikon terbaik. Tak kisah popular macam mana, tetap ingat asal usul,” komen seorang peminat.

“Kalau Tokti betul-betul berniaga, memang ramai datang beli kuih depan rumah,” kata netizen lain.

  


Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah berkongsi tentang cabaran membantu ibunya berniaga kuih di kampung ketika kecil yang mengajarnya erti berdikari.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056455 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list