CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6171|Reply: 0

[Sarawak] Pelbagai pihak beri komitmen dalam operasi pembersihan pasca banjir di Bintulu

[Copy link]
Post time 6-2-2025 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-2-2025 08:41 AM



BINTULU: Usaha pembersihan pasca banjir di Bintulu diteruskan dengan komitmen penuh pelbagai pihak, termasuk Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang menggiatkan operasi bagi memastikan kawasan terjejas kembali pulih sepenuhnya.

Menurut kenyataan BDA, sebanyak 45 kawasan perumahan dan kampung terlibat dalam operasi pembersihan sampah pukal susulan bencana banjir luar biasa yang melanda Bintulu baru-baru ini.

Setakat ini, dua kawasan telah selesai dibersihkan, manakala 21 kawasan masih dalam tindakan dan 22 lagi akan diambil tindakan dalam masa terdekat.

“Dengan sokongan daripada kontraktor dan syarikat swasta, BDA komited untuk menyelesaikan proses pembersihan ini secepat mungkin bagi memastikan penduduk dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Dari segi logistik, BDA telah menggerakkan empat buah lori dan tiga jentera, selain menggunakan perkhidmatan kontraktor yang menyewa 27 lori dan empat jentera tambahan.
“Syarikat lain seperti Kemena Holding, Petros, dan Hyup Soon turut membantu dengan jumlah keseluruhan 50 lori dan 12 jentera berat digunakan dalam operasi ini,” katanya.

Penggunaan jentera flushing untuk membersihkan jalan dan kawasan awam turut diperhebatkan dengan penyertaan syarikat tempatan seperti Yong Yu dan Seni Bumi.

Setakat ini, 582 trip lori telah dilakukan ke tapak pelupusan sampah di Kuala Segan.


Bagi mengawal risiko penyakit pasca banjir, BDA bersama agensi lain turut melaksanakan fogging, larvaciding, dan disinfeksi di kawasan terjejas.

Pada masa sama, BDA menyeru penduduk agar terus memberi kerjasama dalam operasi pembersihan ini dan melaporkan sebarang isu kebersihan yang memerlukan tindakan segera.

“Kita perlu berganding bahu memastikan Bintulu kembali pulih dengan lebih baik dan selamat untuk semua,” tambah kenyataan itu lagi.

Pihak berkuasa berharap usaha ini dapat diselesaikan dengan efisien dan berterusan demi kesejahteraan penduduk.


Caption: Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan Bintulu pasca banjir yang dijalankan oleh pelbagai pihak.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.095439 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list