CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8727|Reply: 0

Remaja 'kantoi' menyamar doktor

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:05 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

London: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di London, United Kingdom (UK) ditahan selepas 'kantoi' menyamar sebagai doktor di sebuah hospital.

Metro UK melaporkan, remaja itu menyamar dengan memakai persalinan dan kad perakuan doktor.

Berikutan itu, pegawai polis dipanggil ke Hospital Derriford di Plymouth, Devon, pada pagi Ahad.

Remaja itu pada mulanya ditangkap dan kemudiannya diberi kata-kata nasihat.

Tidak dapat disahkan di bahagian mana hospital remaja itu berada.

Hasil siasatan juga tidak mendapat pengesahan sama ada dia mempunyai akses kepada pesakit atau rekod perubatan.

"Polis dipanggil kira-kira 10.30 pagi pada Ahad, 19 Januari oleh pihak keselamatan Hospital Derriford selepas menerima laporan daripada kakitangan bahawa ada seorang lelaki menyamar sebagai doktor di hospital.

"Pegawai polis hadir dan menahan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

"Remaja lelaki itu disayangi dan perkara itu sudah diselesaikan dengan memberi nasihat serta intervensi daripada Pasukan Kepolisan Berpusatkan Kanak-Kanak," kata Polis Devon dan Cornwall dalam satu kenyataan.

Difahamkan, tiada tindakan susulan selanjutnya daripada polis berhubung kejadian itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039070 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list