CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10228|Reply: 0

Menteri kerajaan Taliban 'lari' selepas kritik dasar negara

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Menteri Luar Afganistan, Mohammad Abbas Stanikzai. - Foto Anadolu

KABUL: Timbalan Menteri Luar Afganistan, Mohammad Abbas Stanikzai, dipercayai terpaksa melarikan diri dari negara itu, selepas mengkritik dasar kerajaan yang menghalang wanita mendapatkan akses pendidikan tinggi.

Beliau, ketika berucap pada majlis konvokesyen di wilayah Khost, menyuarakan permintaan supaya kerajaan 'membuka pintu ilmu', pada Januari lalu.

Golongan lelaki dan wanita, katanya, dibenarkan mendapatkan akses pendidikan secara sama rata ketika era pentadbiran Mohammed, selain memaklumkan 'ada segelintir wanita yang sumbangannya luar biasa serta memerlukan masa panjang jika mahu menghuraikan sumbangan mereka'.

Wanita Afghanistan berpakaian burqa memegang sepanduk ketika mereka mengadakan protes menuntut hak pendidikan di Mazar-i-Sharif. - Foto AFP

"Tiada alasan untuk ini (menghalang wanita mendapatkan akses pendidikan tinggi), bukan sekarang atau pada masa hadapan," katanya seperti yang dilaporkan The Guardian Isnin lalu.

Stanikzai juga menyifatkan larangan wanita mendapatkan pendidikan bertentangan dengan Islam, sambil berkata: "Nabi bersabda, barangsiapa memiliki dua atau tiga isteri dan tidak berlaku adil ke atas mereka, dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan separuh tubuhnya lumpuh.

"Kita kini sedang berlaku tidak adil kepada 20 juta orang. Kita menafikan hak golongan wanita," katanya.

Gambar edaran Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat Afghanistan menunjukkan anggota Taliban berkawal selepas membakar timbunan alat muzik dan peralatan di pinggir bandar Herat. - Foto AFP


Bercakap kepada media tempatan, Stanikzai mengesahkan, beliau ketika ini berada di Dubai bagi tujuan perubatan.

Sementara itu, pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dikatakan mengenakan sekatan perjalanan dan mengarahkan Stanikzai ditahan selepas ucapan berkenaan, seperti dilaporkan The Guardian.

Sejak pentadbiran negara diambil alih Taliban pada 2021, hak wanita untuk pendidikan, bekerja atau berada di tempat awam, dikurangkan secara sistematik. - AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.758729 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list