CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21774|Reply: 0

[Sabah] Sindiket penyeludupan barang kawalan tumpas

[Copy link]
Post time 6-2-2025 07:41 PM | Show all posts |Read mode


BERKAS: Semua suspek terbabit ditangkap dan diserahkan kepada KPDN Tawau untuk siasatan lanjut.
TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing selepas disyaki terbabit dengan aktiviti penyeludupan barang kawalan di Jalan Tawau Lama, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, pasukan serbuan turut membuat rampasan barang kawalan beserta beberapa buah kenderaan dan bot yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Pemangku Superintenden Anselinus Marcus berkata pihaknya menerima maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan barang kawalan di kawasan berkenaan.

Katanya, Team Risik Batalion 14 PGA Tawau bersama Task Force Perisikan diketuai Asisten Superintenden Mohd Rafail Rabbahil menjalankan serbuan di sebuah rumah atas air di lokasi berkenaan.

“Hasil serbuan, menemukan pelbagai barang kawalan dan mendapati berlaku aktiviti urusniaga yang dibuat di dalam sebuah rumah, bukannya di premis kedai atau gudang berlesen.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang dokumen yang sah membuktikan pemilik rumah berkenaan boleh menyimpan barang terkawal dengan kuantiti banyak,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


RAMPAS: Antara barang kawalan yang berjaya dirampas dalam operasi serbuan berkenaan.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah memunggah barang kawalan berkenaan ke bot dengan pantas untuk dibawa ke negara jiran melalui jalan laut.

“Semua rampasan termasuk barang kawalan, tiga buah lori dan enam bot laju beserta enjin dipercayai milik suspek terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

“Suspek dan rampasan itu kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Untuk rekod, pada 28 Januari lepas, Team Risik Batalion 14 PGA Tawau turut merampas mercun dianggarkan bernilai RM100,000 di sebuah premis di Taman Hot Spring Tawau.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.112083 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list