![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250206/twu-ub06022025-hs-jasrinap1.jpg)
JELITA: Jasrina bakal mengharumkan nama Sabah di pentas Mrs Borneo International World 2025.
KOTA KINABALU: Bekas Finalis Malaysian Top Host (TV3) dari Sabah bakal membawa cabaran ke Mrs Borneo International World 2025.
Jasrina Jasni, 39, yang berasal dari Lahad Datu itu akan berada di pentas dunia dan sedang melakukan persiapan rapi menjelang pertandingan berprestij itu.
Bakal tampil dengan berhijab, Jasrina yang juga merupakan usahawanita berjaya di jangka akan menjadi tumpuan dunia dengan mendukung komitmen memartabatkan Hak Wanita dan memperkasakan bakal-bakal usahawan dengan ilmu niaga ke arah masa depan yang lebih mapan.
Berbekalkan semangat ‘Sabahan’ dan Malaysia tercinta, Jasrina bakal tampil di pentas Mrs International World 2025 yang diadakan pada 7hb Mac depan.
Ratu Sabah ini dijangka akan mengenakan busana etnik Bajau Samah sebagai usaha memartabatkan budaya itu di persada dunia.
TRADISIONAL: Jasrina bakal mengenakan busana etnik Bajau Samah sebagai usaha memartabatkan budaya itu di persada dunia.
Sementara itu, Jasrina yang juga pernah memegang gelaran Mrs Global International Ambassador 2024 dan Mrs Borneo International World 2024 lalu berkata, Sabah adalah sebuah negeri yang indah dengan kepelbagaian lokasi pelancongan bertaraf dunia.
“Ia juga terkenal dengan budaya etnik yang pelbagai sehingga menjadikannya sebuah negeri yang rupawan, aman, makmur dan Sentosa,” katanya.
|