CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22376|Reply: 0

[Sabah] Yayasan Pengguna gesa kerajaan kaji kadar gaji di Sabah

[Copy link]
Post time 6-2-2025 07:48 PM | Show all posts |Read mode


DAVID

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Kebangsaan Malaysia (Cawangan Sabah) menggesa kerajaan mengkaji kadar gaji minimum yang adil untuk di negeri Sabah bagi mengatasi kos sara hidup yang tinggi.

Pengerusinya, David Chan berkata, pengumuman kerajaan Persekutuan mengenai gaji minimum RM1,700 adalah satu langkah positif.

Katanya, Sabah sudah lama berada dalam jurang gaji yang lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia, walaupun kos sara hidup di negeri ini jauh lebih tinggi.

“Harga barangan asas, makanan, dan perbelanjaan harian di Sabah selalunya lebih mahal daripada di Semenanjung Malaysia disebabkan kos logistik, inflasi, dan faktor ekonomi lain.

“Namun, kadar gaji pekerja di Sabah tidak selari dengan kenaikan kos ini, menyebabkan ramai pekerja bergelut untuk menampung keperluan asas mereka.

“Perbezaan ini adalah isu yang sudah lama berlarutan dan tiba masanya untuk penilaian semula terhadap kadar gaji pekerja di Sabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

David berkata, pihaknya percaya bahawa gaji minimum RM1,700 adalah wajar bagi membantu rakyat Sabah menangani kenaikan kos sara hidup.

“Dasar gaji juga perlu mengambil kira perbezaan kos hidup mengikut negeri dan bukan menggunakan pendekatan satu dasar untuk semua.

“Justeru, kami menggesa kerajaan Persekutuan dan negeri bersama-sama menyelesaikan masalah ini bagi memastikan pekerja di Sabah menerima gaji yang adil dan setimpal,” katanya.

Menurutnya, sudah tiba masanya untuk perubahan dalam dasar gaji yang lebih realistik dan mengambil kira cabaran ekonomi di setiap negeri.

“Kami menyeru supaya pembuat dasar menggubal semula dan melaksanakan kadar gaji yang benar-benar membantu pekerja, agar mereka dapat memperoleh kestabilan kewangan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.646152 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list