CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19436|Reply: 0

[Sarawak] PETROS sumbang RM2 juta bantu mangsa banjir di Sarawak

[Copy link]
Post time 7-2-2025 12:25 PM | Show all posts |Read mode


Hamid (empat kiri) menyerahkan replika cek kepada Uggah disaksikan Abang Johari (empat kanan). -Gambar PENERANGAN

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyumbang RM2 juta bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran bencana banjir yang melanda Sarawak baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Majlis penyerahan diadakan di Wisma Bapa Malaysia hari ini  disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi JPBNS Datu Buckland Bangik, Ahli Lembaga Pengarah PETROS Datu Ir Zuraimi Sabki dan Naib Presiden Kanan Pembangunan Modal Insan, Hubungan Korporat dan Perkhidmatan Ismail Said.

Hamid  dalam pada itu memberitahu, sumbangan tersebut akan membantu dalam menyediakan bantuan dan sokongan penting kepada mereka yang terjejas akibat banjir.

“Kami menyedari kesukaran yang dihadapi oleh banyak komuniti akibat banjir dan dengan ini PETROS tetap komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan JPBNS bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

“PETROS dalam kesempatan ini turut menzahirkan simpati kepada semua yang terjejas serta menyanjung tinggi ketabahan komuniti dalam mengharungi cabaran ini,” katanya.

Hamid turut berkata  PETROS akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memberikan bantuan yang diperlukan termasuk membekalkan barangan keperluan asas, peralatan, serta sokongan logistik kepada mangsa banjir.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041682 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list