CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24935|Reply: 0

[Pulau Pinang] MBPP keluarkan lebih 4 tan sampah dari sebuah rumah penduduk

[Copy link]
Post time 7-2-2025 07:02 PM | Show all posts |Read mode
MBPP keluarkan lebih 4 tan sampah dari sebuah rumah penduduk

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 7, 2025 @ 4:12pm [email protected]





Seramai 20 petugas MBPP terpaksa bergotong royong membersihkan lebih empat tan sampah sarap kitar semula yang memenuhi sebuah rumah di Barat Daya semalam. - Foto MBPP





GEORGETOWN: Barangan plastik, botol minuman dan kotak adalah di antara 4.44 tan sampah sarap yang dikeluarkan petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dari sebuah rumah di Barat Daya di sini, dalam satu operasi bersepadu, semalam.

Sebanyak enam lori terpaksa digunakan bagi mengangkut barangan lusuh dan kitar semula itu yang dikumpul pemilik rumah berkenaan sejak beberapa tahun lalu itu.

MBPP berkata, susulan Op Bersih itu, pemilik rumah terbabit turut dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2,021.74 bagi semua kerja pengutipan, pengangkutan dan pelupusan sampah yang dilaksana oleh majlis terbabit.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan selepas aduan diterima pihaknya berikutan keadaan itu membangkitkan kegusaran penduduk terhadap masalah keselamatan dan kesihatan di kawasan sekitar terutama wabak denggi.

"Bertindak atas aduan dan siasatan, Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya Pulau Pinang juga mengeluarkan notis mengikut Seksyen 8, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kepada pemilik kediaman itu.

"Pihak berkenaan kemudian melakukan pemeriksaan dan pelaksanaan Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP) di semua lokasi yang berpotensi menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

MBPP berkata, berdasarkan siasatan dan respon daripada penghuni rumah itu, kesemua sampah sarap berkenaan akan dikelaskan mengikut kategori yang bernilai bagi dijual ke pusat kitar semula.

Bagaimanapun berikutan keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan, dia dikuatiri tidak dapat menguruskan semua sampah sarap kerana kuantiti terkumpul semakin bertambah setiap hari.

"Sehubungan itu MBPP menerusi Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Jabatan Penguatkuasaan turun padang bagi membantu operasi dengan membuat tindakan penguatkuasaan.

"Dalam operasi pembersihan ini, seramai 20 'wira baju kuning' MBPP ditugaskan bagi mengutip semua sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit.

"Operasi yang bermula pada jam 8.40 pagi tamat pada 1.30 petang dan sebanyak 4.44 tan (4,440 kg) sampah dirampas dan terpaksa menggunakan kekuatan jentera enam lori besar bagi mengangkut sampah berkenaan untuk dilupuskan," katanya.

Pemilik rumah itu turut diberi amaran supaya tidak lagi membawa masuk sampah sarap baru ke kawasan rumahnya dan perlu menguruskan pelupusan kesemua baki sampah dengan kadar segera.

"Tindakan penguatkuasaan susulan akan dibuat sekiranya pemilik rumah itu gagal dan tidak mengambil sebarang inisiatif atau usaha membersihkan serta melupuskan sampah sarap di kawasan rumahnya," kata MBPP.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1358584/mbpp-keluarkan-lebih-4-tan-sampah-dari-sebuah-rumah-penduduk





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034666 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list