CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25196|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Harga santan dijangka naik lagi menjelang Ramadan

[Copy link]
Post time 8-2-2025 02:59 PM | Show all posts |Read mode

Antara peniaga santan ketika tinjauan di Pasar Besar Seremban. - Foto NSTP/Ahmad Hasbi

SEREMBAN: Harga santan di negeri ini dijangka meningkat menjelang Ramadan berikutan harga kelapa di pasaran mencecah RM3.50 sebiji.

Tinjauan wartawan di Pasar Besar Seremban hari ini mendapati, harga santan RM12 manakala pati santan pula antara RM13 hingga RM18 sekilogram (kg).

Terdapat segelintir peniaga memutuskan tidak menjual pati santan kerana rugi.

Peniaga U Mishen, 27, berkata dia terpaksa menjual pati santan dengan harga lebih murah iaitu RM13 bagi memastikan pelanggan tidak lari, namun ia tidak dapat menampung modal

"Memang tidak dapat untung. Jika dulu saya jual RM10, namun sejak bulan lalu saya naikkan kepada RM13, tetapi masih ramai pelanggan yang merungut harganya mahal.

"Kalau santan biasa saya jual RM8 sekilogram dan sekarang rata-ratanya jual RM12. Saya jangka harga ini akan naik lagi," katanya.

Mishen berkata, peningkatan harga berlaku disebabkan ketika ini musim melawas atau kelapa tidak menjadi ekoran faktor cuaca yang tidak menentu.

"Saya ambil kelapa daripada pembekal di Malaysia, namun apabila bekalan tidak cukup terpaksa ambil dari Indonesia. Apabila musim melawas harga agak mahal dan buah pula lebih kecil berbanding biasa," katanya.

Seorang peniaga berkata, ketika ini pati santan dijual hingga RM18 sekilogram berbanding RM12 sebelum ini kerana untuk hasilkan sekilogram pati memerlukan lima biji kelapa yang berharga RM3.50 sebiji.

Ng Bee Chooi, 69 pula berkata bekalan kelapa tempatan sukar diperoleh ketika ini dan terpaksa mengimport dari Indonesia.

"Jadi berniaga sekarang tak berapa nak untung, tidak pasti berapa lama sampai bila isu bekalan kelapa ini akan selesai," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Rase sume expensive nak ramadan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 1.045477 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list