CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26213|Reply: 0

Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:48 PM | Show all posts |Read mode


Manila: Filipina menghalang kemasukan 137 warga asing yang disabitkan dengan jenayah seksual ke negara itu sepanjang 2024, termasuk 109 rakyat Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

Pesuruhjaya Biro Imigresen Filipina (BI), Joel Anthony Viado berkata selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini", sekali gus diharamkan secara kekal daripada memasuki negara itu pada masa hadapan.

Daripada jumlah itu, 112 orang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, 20 lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu di wilayah tengah Filipina dan lima di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark di wilayah Pampanga, utara Manila.

"Undang-undang imigresen kami secara jelas melarang kemasukan warga asing yang disabitkan dengan jenayah berkaitan moral, dan kami tetap tegas dalam menghalang kemasukan mereka," kata Viado.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.811297 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list