CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19394|Reply: 11

[Tempatan] Siswa USIM bergegas masuk dewan peperiksaan lepas urus pengebumian ayah

[Copy link]
Post time 9-2-2025 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Ketika rakan seperjuangan sedang bersedia menduduki peperiksaan, mahasiswa ini pula diuji dengan pemergian ayah tercinta.

Kisah sedih Abdul Razak Hazman yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut mengundang rasa hiba warga maya.

Menerusi perkongsian di laman TikTok USIM, Abdul Razak dikatakan menerima perkhabaran mengenai kematian bapanya sebelum menjawab kertas peperiksaan terakhirnya.



"Siswa USIM tekad hadir peperiksaan akhir selepas kebumikan arwah ayah.

"Beliau sempat membantu menguruskan jenazah ayah sebelum pulang semula ke USIM pada hari yang sama.

"Walaupun diberi pilihan untuk menduduki peperiksaan gantian oleh pihak universiti, beliau tetap bertekad meneruskan peperiksaan untuk sempurnakan pengajiannya demi menunaikan harapan arwah ayah yang ingin melihat beliau berjaya," demikian perkongsian video yang dimuat naik pada Sabtu.

Lebih membuatkan warga maya tersentuh apabila membaca mesej terakhir kiriman Allahyarham bapanya iaitu Hazman Hassan, yang turut dikongsikan dalam video berkenaan.

"Esok umrah sunat dengan family. Nanti ayah umi doakan untuk Ajak (Abdul Razak) agar sentiasa sukses, berjaya dalam pengajian kampus, berjaya dalam hidup," demikian kiriman mesej berkenaan.

Dalam perkongsian video berdurasi 54 saat itu, kelihatan Abdul Razak yang berbaju rona biru gelap, membantu menguruskan jenazah arwah bapanya dari masjid hingga ke liang lahad, sebelum kembali semula ke universiti dengan baju yang sama untuk menduduki peperiksaan.

Sementara itu menerusi perkongsian di akaun TikTok peribadi milik Abdul Razak, difahamkan arwah bapanya baru pulang dari Tanah Suci selepas mengerjakan umrah, beberapa minggu lalu.

"Allah jemput ayah datang Baitullah pertama kali seumur hidup, dan kini Allah jemput ayah terus buat selama-lamanya.

"Ayah dah lama tahan sakit. Rehatlah ayah. Semoga syurga tertinggi buat ayah. Al-Fatihah untuk ayah saya, Hazman Hassan," tulisnya.

Menjengah ruangan komen, warga maya yang turut sedih dan bersimpati dengan kehilangan bapa pelajar berkenaan tampil menitipkan kata semangat buatnya.

"Seorang yang kuat semangat, hadapi dua perkara yang berbeza emosi. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan semoga berjaya dengan cemerlang.

"Arwah adalah orang yang paling bangga apabila awak naik pentas konvo nanti... percayalah.

"Anak yang bagus. Bertanggungjawab dengan apa yang dipikul. Dah selesai bahagian ayah, selesaikan bahagian dia pula. Semoga berjaya dunia akhirat," demikian komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 11:34 AM | Show all posts
Semoga berjaya dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kuatkn semangatmu wahai anak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahwainnalillahirojiun
Semoga terus tabah dan dianugerahkan kejayaan dlm hidup
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal orang mana ni?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2025 08:18 AM | Show all posts
ya Allah..terus aku sebak baca kisah kau dik..tiba2 teringat arwah abah aku..Al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
moga dipermudahkan urusan mu di masa hadapan. kuat kn semangat dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 08:25 AM | Show all posts
Salam takziah, semoga dipermudah segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 10:53 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiuun...
setuju komen netizen tu.. anak yg bertanggungjawab..
tahu amanah yang dipikul.
tak hanyut dek emosi.

tak salah grieving.. tapi dia memilih untuk teruskan selesaikan amanah.
tapi tengok course apa dia amik pon.. aku yakin ayah dia dah berikan didikan yang terbaik.. inshaAllah kejayaan dunia akhirat buatmu anak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 10:56 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 01:29 PM | Show all posts
hebat adik ni, moga berjaya dunia akhirat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054872 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list