CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30314|Reply: 0

3 hari kerja terus resign-menyesal masuk company kecil, rimas hadap muka CEO hari-hari

[Copy link]
Post time 10-2-2025 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Ada sesetengah individu memilih untuk meletak jawatan dengan segera walaupun tempoh perkhidmatan di sesuatu tempat itu masih singkat.

Tekanan dan budaya tempat kerja yang tidak sesuai sering menjadi punca utama mereka mengambil keputusan drastik seperti ini.

Di TikTok, seorang wanita berkongsi kisahnya yang menyerahkan surat peletakan jawatan selepas tiga hari bekerja.



Dakwa wanita itu, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut mewajibkan perjumpaan dengan semua pekerja setiap hari.

"Saya pernah meletakkan jawatan pada hari ketiga bekerja. Saya rasa pengalaman ini macam pelik gila sebab hari-hari datang pejabat, CEO nak jumpa.

"Jumpa semua orang, seorang demi seorang setiap petang. Kiranya kalau CEO tu panggil saya pukul 6 walaupun ia masa untuk pulang, maka kena tunggulah.

"Tunggu dia cakap satu persatu dalam bilik tu," ujarnya menerusi video yang meraih hampir 30,000 tontonan itu.

Antara lain, wanita itu juga berkata sikap para pekerja juga seolah-olah 'membatu' setiap kali CEO masuk ke pejabat, menjadikan suasana itu cukup tegang dan penuh tekanan.

"Persekitaran kat sana hostile gila. Apabila CEO masuk pajabat, pekerja jadi takut. Macam robot la semua orang kat dalam tu.

"Rasa tak selesa. Saya tak akan dedahkan nama syarikat, tapi reviu dia memang teruk," katanya lagi.

Di ruangan komen pula, wanita itu menjelaskan setiap kakitangan juga perlu membentangkan hasil kerja mereka dalam setiap pertemuan dengan CEO.

"Sumpah memang hari-hari dia minta jumpa, hari-hari nak tanya update atau progress kerja, jadi kena senaraikan dan tunjuk semuanya. Kalau tak hari-hari, (jumpa) selang sehari.

"Ia syarikat kecil, ada tiga orang termasuk CEO di peringkat pengurusan. Lepas (berhenti kerja daripada) syarikat tu, saya kembali masuk syarikat besar. Taubat dah masuk syarikat kecil," tulisnya menjawab soalan netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.040206 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list