CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37898|Reply: 0

Dah tiga tahun bercinta, lelaki baru sedar teman wanita tak wujud

[Copy link]
Post time 10-2-2025 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 10-2-2025 09:24 PM

Seorang lelaki berdepan kekecewaan selepas mengetahui wanita yang dicintainya tidak wujud gara-gara menggunakan identiti palsu.

Mangsa tertipu kerana tidak pernah berjumpa dengan individu tersebut sepanjang tiga tahun mereka bercinta.

Kisah itu tular selepas ia dikongsi oleh seorang individu di TikTok yang menawarkan khidmat risikan.



"Kes yang jarang berlaku. Ada seorang client datang, nak siasat 'teman wanita' dia ni wujud ke tak? Dengar pun dah pelik.

"Dia datang jumpa, mengadu yang dia dah bercinta dengan seorang perempuan ni lebih tiga tahun.

"Tapi dalam masa tiga tahun tak pernah jumpa atau video call langsung. Kami terkejut sebab tiga tahun, bukan tiga bulan," menurut perkongsian itu.

Sepanjang tempoh itu, lelaki tersebut tetap meneruskan hubungan kerana dia dilayan dengan baik oleh individu berkenaan.

"Kita tanya client macam mana boleh sampai tiga tahun? Dia cakap yang perempuan tu bagi macam-macam alasan.

"Kalau minta gambar atau video, perempuan tu akan hantar gambar entah siapa-siapa.

"Client kami susah nak move on sebab dilayan dengan baik dan dia tak pernah minta duit atau yang bukan-bukan," ceritanya lagi.

Menurut pemilik TikTok itu, pihaknya diminta membuat pemeriksaan latar belakang sebelum mendapati 'kekasih' lelaki itu menggunakan identiti palsu.

"Lepas buat background check, kami dapati perempuan tu tak wujud dan gambar-gambar serta video yang diberi memang palsu.

"Client kami terpaksa pasrah dengan apa yang berlaku dan terus putuskan hubungan. Tiga tahun bercinta dengan orang yang tak wujud.

"Harap client kami kuat meneruskan kehidupan dan berjumpa dengan pasangan sebenar," tulis akaun TikTok itu lagi.

Di ruangan komen, netizen berkata kes seperti ini sudah kerap berlaku, malah ada mangsa yang turut mengalami kerugian wang ringgit.

"Sama macam saudara aku. Siap minta duit dan nak kahwin.

"Saya pernah kena (tipu). Akhirnya tahu dia sama jantina dengan saya.

"Bukan tak wujud, memang ada someone yang dia berhubung, tapi kena catfish la kan?" tulis netizen.

Sebagai rujukan, perkataan catfish merujuk kepada satu watak yang direka seseorang untuk berinteraksi di media sosial bagi tujuan menipu.

Dalam kes-kes sebelum ini, ada mangsa catfish yang turut diperdaya sehingga tersebarnya foto dan video bogel mereka.

Sumber: mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.864701 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list