View: 37948|Reply: 0
|
Tak ada kerja tetap, rupa pun biasa-wanita usia 30 tahun putus asa cari jodoh
[Copy link]
|
|
Bagi kebanyakan wanita, perasaan bimbang dan resah kerana belum bertemu jodoh pasti kerap kali muncul terutama apabila usia semakin meningkat.
Apatah lagi apabila melihat rakan-rakan sebaya atau pun yang masih muda sudah berpasangan dan menimang cahaya mata, sedikit sebanyak pasti hati akan terusik.
Tidak terkecuali bagi wanita ini yang memasang impian untuk berumah tangga namun seakan-akan berputus asa kerana merasakan diri mempunyai banyak kekurangan.
"Orang perempuan dah usia 30 lebih memang tak layak ke nak cari pasangan hidup?
"Aku nak sangat kahwin. Tapi apabila fikir aku tak ada kerja tetap dengan rupa pun biasa je, membuatkan aku tak ada motivasi nak mencari (pasangan)," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman X.
Tidak berkongsi lebih lanjut mengenai apa yang menyebabkan dirinya berperasaan sedemikian, namun dalam kebanyakan kes, ia berkemungkinan disebabkan tekanan daripada orang sekeliling.
Seakan-akan pasrah, wanita berkenaan dalam masa yang sama mendoakan agar individu yang senasib dengannya dipertemukan dengan jodoh yang baik.
"Moga di luar sana yang masih mencari, moga jumpa jodoh yang baik dan serasi," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang pelbagai.
Ada antara mereka yang menyifatkan wanita berkenaan terlalu mudah menyerah sedangkan kekurangan diri masih boleh diperbaiki selain usia 30-an masih dianggap belum terlambat untuk mencari pasangan hidup.
"Orang yang berumur 50 tahun, suri rumah pun boleh je kahwin. Apa pasal yang 30 ni demotivated? Carilah sendiri, berdandan, cuba bersosial dan semoga berjaya.
"Muka tiada (tak cantik) jangan risau. Pergi gym. Jaga diri dan kualiti kawan. Jaga makan minum dan pergi cari kerja atau bina income sendiri. Benda simple je. Nanti ada la jodoh tu. Tak payah serabut fikir.
Dalam pada itu, ada juga yang menempelak wanita berkenaan kerana terlalu memikirkan soal kahwin sehingga menganggap perkahwinan seperti satu pencapaian dalam hidup.
"Perempuan ni kau ada kerjaya hebat mana pun, ada pendidikan, boleh tanggung diri sendiri, still a failure ke kalau tak kahwin atau kahwin dan tak ada anak. Seperti satu-satunya pencapaian untuk wanita hanya kahwin je ke?
"Hidup ni kalau hanya untuk kecam diri sendiri letihlah. Ramai lagi orang nak kecam kita. Kita sendiri takkan nak demotivate diri sendiri juga? Lepas tu kahwin, kahwin, kahwin. Tak ada benda lain ke boleh achieve sementara nak achieve bab kahwin tu?" komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|