CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31175|Reply: 0

[Sarawak] Guru tolak penempatan sekolah luar bandar tidak dipertimbang untuk penukaran sekolah

[Copy link]
Post time 11-2-2025 04:07 PM | Show all posts |Read mode


Sagah ketika berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Robot Antarabangsa Borneo 2025 - Robomission Battle LEGO Education SPIKE Prime di sebuah hotel di Kuching hari ini.

KUCHING: Guru baharu di bawah program pengambilan khas anak Sarawak yang tamat latihan dan menolak penempatan di sekolah luar bandar tidak akan dipertimbangkan untuk penukaran sekolah mengikut pilihan masing-masing.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, jika mana-mana guru baharu yang menolak penempatan di sekolah luar bandar bermakna ia pilihan mereka dan pihak Kementerian Pendidikan Sarawak khasnya tidak boleh memaksa mereka membuat keputusan lain.

"Kita bebaslah... jika mereka (guru pengambilan khas) menolak penempatan di luar bandar dan hanya berminat di sekolah bandar atau separa bandar bermakna mereka tidak dapatlah. Kita menghormati pilihan calon guru baharu itu dan ia semudah itu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan Robot Antarabangsa Borneo 2025 - Robomission Battle LEGO Education SPIKE Prime di sebuah hotel di Kuching hari ini.

"Mereka telah memohon, diberi peluang tapi kalau calon sendiri menolak penempatan di sekolah luar bandar itu adalah pilihan mereka sendiri.

“Justeru saya menggesa bakal calon yang memohon profesion perguruan supaya berfikir semasak-masaknya sebelum memohon jawatan ini kerana kita tidak boleh menempatkan semua guru di bandar atau sekolah diingini sebaliknya bersedia ditempatkan di mana ada kekosongan," katanya dan tidak mahu mengulas jika ada guru pernah disenarai hitam kerana menolak penempatan mereka.

Mengulas perkembangan terkini pengambilan guru khas anak Sarawak, Sagah berkata, pengambilan telah diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan namun masih banyak kekosongan perjawatan.

"Kita akui menerima banyak permohonan daripada anak Sarawak sendiri tetapi yang layak dan memenuhi kriteria ditetapkan mungkin tidak begitu banyak.

"Keutamaan adalah bakal calon yang mempunyai iktisas pendidikan yang secara tidak langsung menghalang pengambilan banyak guru baharu dalam pengambilan khas ini.

"Namun kita berharap kekosongan yang ada akan ditampung oleh para pelatih dari maktab perguruan di negeri ini yang akan tamat latihan dan memenuhi kekosongan yang dijadual pada Jun ini.

"Mengikut data daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), sekitar 96 peratus sekolah ada guru masing-masing untuk mengajar mata pelajaran sedia ada dan mungkin satu sekolah satu kekosongan yang ada membabitkan sekolah rendah dan menengah di negeri ini,” katanya.

Katanya, pengambilan guru akan dilakukan sepanjang tahun bagi mengisi kekosongan guru yang bersara wajib, bersara awal kerana komitmen lain, berpindah tugas dan sebagainya.

"Setiap tahun kita harus menampung sekitar 500 hingga 1,000 guru yang akan bersara wajib atau sebab lain, justeru perlu ada pengambilan baharu.

“Namun saya dimaklumkan semalam bahawa iklan pengambilan baharu telah tutup baru-baru ini," ujarnya.

Mengenai pembinaan 44 sekolah baharu yang telah diluluskan seperti yang dinyatakan Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek baru-baru ini, Sagah berkata ia turut merangkumi Sarawak bagi menukar sekolah usang selain pembinaan sekolah baharu.

"Pembinaan turut merangkumi kita di Sarawak iaitu sekolah bandar dan luar bandar namun kita lebih menumpukan sekolah luar bandar yang selama ini banyak yang usang.

“Namun kita akui proses pembinaan sekolah dimaksudkan mungkin memakan sedikit masa mengikut peruntukan yang ada," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/11/guru-tolak-penempatan-sekolah-luar-bandar-tidak-dipertimbang-untuk-penukaran-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.829101 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list