CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31195|Reply: 0

[Sarawak] Syarikat, badan korporat digesa mewujudkan polisi bantu pertambahan wanita dalam sektor pekerjaan

[Copy link]
Post time 11-2-2025 04:09 PM | Show all posts |Read mode


Nancy (tengah) diapit Rosey (kiri) dan Flovia (kanan) ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Zon Borneo 2025 di sebuah hotel di Kuching hari ini.

KUCHING: Syarikat dan badan korporat digesa untuk mewujudkan polisi-polisi berkaitan bagi membantu pertambahan wanita dalam sektor pekerjaan masa kini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata antara yang dicadangkan beliau adalah dengan memberi pengurangan atau subsidi kepada pekerja untuk menghantar anak mereka ke pusat jagaan.

“Kepada mereka yang kerja dengan kerajaan ada diberi subsidi. Pihak swasta juga dapat memberi pengurangan ataupun mencari jalan untuk organisasi melahirkan polisi-polisi yang dapat membantu mereka.

“Bukan sahaja kerajaan ataupun hanya kepada ibu bapa saja untuk mengusahakan ini. Tetapi syarikat menyediakan polisi yang dapat membantu ibu bapa menghantar anak mereka ke tempat asuhan kanak-kanak atau taska,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Zon Borneo 2025 yang turut dihadiri Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah Datuk Flovia Ng di UCSI Hotel di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar pusat asuhan kanak-kanak turut diwujudkan di syarikat-syarikat berkenaan bagi membantu golongan ibu kembali ke dalam sektor sumber manusia negara.

“Dengan ini, ia akan menunjukkan komitmen syarikat berkenaan dalam memberi dorongan kepada pekerja golongan wanita yang berkeluarga khususnya, perkara ini selalu disuarakan pihak kami untuk memberi kesedaran,” ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan penurunan sumber manusia daripada golongan wanita jatuh sebanyak 60 peratus kerana keperluan untuk menjaga anak-anak.

Maka itu, adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk mencapai sasaran agar golongan wanita kembali semula ke dalam sektor pekerjaan dengan memberi galakan menyeluruh dalam industri penjagaan.

Industri penjagaan menjadi fokus utama pihaknya meliputi penjagaan kanak-kanak dan orang tua yang boleh diceburi oleh golongan wanita tersebut.

“Pengwujudan taska di tempat kerja atau berdekatan dengan premis pejabat juga perlu diperbanyakkan agar golongan wanita dapat bekerja.

Bahkan pada tahun lalu, latihan penjagaan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang dikendalikan oleh Institute of Social Malaysia (ISM) telah mencapai 385 penyertaan wanita dan disasarkan 485 orang pula pada tahun ini.

Tambah beliau, isu ini akan dibawa ke mesyuarat ASEAN yang akan datang, bagi dibincangkan bersama negara-negara serantau.

Hadir sama adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041317 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list