CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31183|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak akan tubuh institut kepimpinan kontemporari: Abang Johari

[Copy link]
Post time 11-2-2025 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-2-2025 01:59 AM



Abang Johari bersama Asfia, Abang Abdullah (kanan), serta yang lain melakukan simbolik perasmian Sidang Kemuncak Antarabangsa Kepimpinan Kontemporari 2025 hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak akan menubuhkan institut kepimpinan sebagai langkah memperkasakan agenda kepimpinan kontemporari, dengan matlamat melahirkan pemimpin masa depan yang berwawasan, berintegriti dan inklusif.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, institut itu akan menjadi platform utama dalam melatih pemimpin yang memiliki pemikiran strategik, kepercayaan dalam tadbir urus dan inklusiviti di negeri ini.

"Saya berbesar hati mengumumkan bahawa institut kepimpinan, yang didedikasikan untuk memperkasa kepimpinan kontemporari, bakal menjadi realiti di Sarawak.

"Institut ini akan menjadi pemacu utama dalam membentuk generasi pemimpin akan datang yang mempunyai visi strategik, dipercayai dalam tadbir urus dan bertindak secara inklusif," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Antarabangsa Kepimpinan Kontemporari (CLIS) 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.


Abang Johari menerima cenderamata daripada Abang Abdullah. - Gambar UKAS

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Pengerusi Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (MyREF) Profesor Emeritus Datuk Abang Abdullah Abang Ali serta tetamu kehormat lain.

Menurut Abang Johari, institut kepimpinan itu akan diterajui oleh Institut Pengurusan Sarawak (MASA).

Manakala MyREF katanya, akan memainkan peranan penting dalam merangka program pendidikan, latihan kepimpinan dan agenda penyelidikan institut tersebut.

"Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah kepada MASA dan MyREF atas kejayaan menandatangani memorandum kerjasama pada 4 Disember 2024.

"Perjanjian ini merupakan langkah besar pertama dalam usaha menginstitusikan kepimpinan kontemporari," katanya.

Abang Johari menegaskan, kepimpinan kontemporari berteraskan pemikiran strategik, kepercayaan dan inklusiviti membolehkan pemimpin mengenal pasti cabaran lebih awal, mengekalkan keyakinan rakyat serta memperkasakan komuniti.

"Di Sarawak, visi strategik kita telah mendorong pertumbuhan ekonomi dan transformasi digital, menjadikan negeri ini lebih maju dalam inovasi dan kelestarian.

"Dasar inklusif yang kita amalkan memastikan pembangunan ekonomi dan infrastruktur dapat dinikmati di seluruh pelosok negeri," katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin institut kepimpinan ini akan melahirkan pemimpin yang berkemampuan dan beretika untuk masa depan.

"Pemikiran strategik akan menjadi tunjang program institut ini serta melatih pemimpin untuk mengenal pasti cabaran lebih awal dan menangani ketidaktentuan dengan penuh keyakinan.

"Kepercayaan akan diterapkan dalam kerangka kepimpinan institut ini, manakala inklusiviti akan menjadi panduan dalam setiap inisiatif, memastikan kepimpinan yang pelbagai, mewakili semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.820589 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list