CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31268|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku salah miliki dadah dipenjara enam bulan

[Copy link]
Post time 11-2-2025 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-2-2025 01:59 AM



KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun yang mengaku bersalah memiliki 0.09 gram Methamphetamine.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Farouq Aizad Abdul Lattif yang didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.

Seksyen itu membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Farouq didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran Jalan Canna, Tabuan Tranquility, kira-kira jam 12.15 tengah malam pada 24 Disember 2024.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis yang menjalankan operasi rondaan bersepadu cuba menahan Mohd Farouq yang menunggang motosikal kerana disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan dadah.

Polis memberi amaran kepada Mohd Farouq untuk memberhentikan motosikal tetapi dia panik dan melanggar sisi kanan kenderaan polis.

Mohd Farouq kemudian terjatuh dan polis ternampak dia membuang sesuatu ke tanah menggunakan tangan kanannya.

Setelah diperiksa, polis mendapati barangan yang dibuang itu mengandungi straw tiub plastik lutsinar berisi bahan kristal disyaki Methamphetamine.
Barang itu kemudian dirampas dan dihantar untuk dianalisis.

Laporan kimia bertarikh 28 Januari 2025 seterusnya mengesahkan bahawa bahan itu adalah Methamphetamine, seberat 0.09 gram.

Methamphetamine diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Farouq tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.038776 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list